Ekstremis Buddha Dalang Pencetus Kebencian Terhadap Agama Islam di Burma

2013-06-22-ashinwirathuhtz1
Nama beliau Wirathu, beliau menggelarkan dirinya “Burmese Bin Laden” dan merupakan seorang sami Buddha yang menyebar mesej kebencian di seluruh Burma.

Menjadi perkara biasa sami berumur 45 tahun ini menyebarkan mesej-mesej kebencian ke atas agama Islam melalui DVD dan media sosial, dan memberi amaran kepada golongan Muslim dengan “mensasarkan perempuan-perempuan Burma dan akan memperkosa mereka” dan “kenikmatan dalam mengamalkan kronisme”.

Mendengar bicaranya dalam bahasa Burma, ucapannya kelihatan tenang, hampir-hampir sahaja dilihat seperti berkhayal, dengan menggoyangkan tubuhnya ke depan dan belakang, mata me-layu. Menterjemah dari kata-katanya yang kedengaran lembut, namun penuh dengan ketakutan dan paranoia, sarat dengan sentimen perkauman dan khabar-khabar tidak berasas, telah mendorong hasutan ke arah keganasan dan tersebarnya maklumat-maklumat tidak tepat di negara itu yang menghalang dari terlaksananya demokrasi.

“Kami telah diperkosa dan diganggu secara seksual di setiap bandar, dibuli dan ditindas…” Wirathu bercerita kepada Guardian, di sebuah pusat ibadat (biara) Masoeyein, Mandalay.

“Di setiap bandar, ada kelompok Muslim yang ganas dan kasar.”

Hakikatnya, mudah untuk mengabaikan terus Wirathu dan mengatakan bahawa beliau adalah seorang sami yang menyeleweng dan dipengaruhi dengan pandangan-pandangan agresif dan ganas. Namun beliau mengetuai lebih 2,500 sami di pusat ibadat itu, Wirathu juga memiliki ribuan followers di Facebook dan video-video Youtube beliau yang telah ditonton lebih puluhan ribu.

Seiring dengan keterbukaan Burma, yang turut dikawal ketat di bawah pemantauan junta tentera, telah menampakkan gelombang sentimen anti Muslim tersebar ke lebih 60 juta pengikut kuat Buddha dan Wirathu ialah dalang utama di sebalik tersebarnya sentimen jahat ini.

Latar belakang Wirathu

Wirathu mula dikenali sekitar tahun 2001, apabila beliau telah melancarkan kempen kebangsaan memboikot orang-orang Islam, Wirathu dipenjarakan selama 25 tahun pada 2003 atas sebab menghasut sentimen benci kepada orang-orang Islam, kemudian dibebaskan pada 2010 sebab pengampunan.

Sejak dibebaskan,Wirathu kembali menyebar mesej jahat dan kebencian. Ramai mempercayai kata-katanya telah mencetuskan permusuhan antara penganut Buddha dan etnik Muslim Rohingya di Rakhine, yang telah menyebabkan 200 orang terbunuh dan lebih 100,000 lagi menjadi pelarian.

Dalang di sebalik semua ini ialah Wirathu, yang juga telah mengetuai perhimpunan sami-sami di Mandalay pada bulan September mempertahankan Presiden Thein Sein kerana sebuah perancangan kontroversi untuk mengalihkan Rohingya ke negara dunia ketiga. Sebulan kemudian, lagi keganasan telah berlaku di Rakhine.

Keganasan yang berlaku di Rakhine telah mencetuskan pergaduhan lain di Meiktila, di mana pergaduhan berlaku di sebuah kedai emas yang akhirnya menyebabkan kecurian dan kebakaran kedai. Lebih 40 orang terbunuh dan 13,000 yang lain dipaksa melarikan diri, kebanyakan dari mereka adalah Muslim, kemudian masjid, deretan kedai dan rumah dibakar.

Wirathu berkata lagi berkenaan Islam, bahawa perempuan Buddha dipaksa masuk Islam dan akan dibunuh kerana gagal mematuhi hukum agama. Beliau juga percaya bahawa cara halal dalam Islam membunuh lembu “akan membolehkan berlakunya persamaan darah dan boleh meningkat ke suatu tahap yang mengancam keamanan dunia”. (suatu kefahaman dalam Buddha)

Kemudian, beliau kembali menerajui kempen kebangsaan “969” yang mendorong penganut Buddha untuk menyokong perniagaan orang-orang Buddha (buy Buddhist and shop Buddhist) dan meletakkan tanda di rumah-rumah dan perniagaan masing-masing menggunakan nombor yang berkaitan dengan agama Buddha (6 elemen ajaran beliau/Buddha), dengan niat untuk mewujudkan diskriminasi agama ke atas agama Islam.

Wirathu dengan terbuka menyalahkan golongan Muslim yang menjadi punca keganasan berlaku. Dengan kadar 5 peratus dari populasi keseluruhan Burma, Wirathu mengatakan bahawa golongan Muslim di Burma telah didanai oleh kuasa Timur Tengah : “Golongan Muslim tempatan ganas dan kasar kerana golongan ekstrimis telah mendokong mereka, memberikan mereka dana, membekalkan senjata dan tenaga teknikal, kata dalang kebencian itu.

Ketidaksetujuan Penganut Buddha Lain

Bukan semua bersetuju dengan ajaran Wirathu, termasuk dari kalangan orang Buddha sendiri. “Dia menyeru ke arah kebencian dan hasutan,” kata Abbot Arriya Wuttha Bewuntha, seorang sami di pusat ibadat Myawaddy Sayadaw, Mandalay. “Ini bukanlah ajaran Buddha. Apa yang diajar dalam Buddha berkenaan kebencian adalah salah, kerana Buddha melihat semua orang adalah sama. Agama Buddha tidak menilai manusia melalui agamanya.”

Poin kritikan ke atas  kurangnya didikan agama ke atas Wirathu menjelaskan tindakan ekstrimis beliau, yang rata-ratanya diabaikan pun, namun pandangan beliau cukup berpengaruh khususnya dalam sebuah negara yang kebanyakannya perniagaan dijalankan oleh golongan Muslim dengan jayanya.

Anak kedua dari lapan adik beradik, Wirathu dilahirkan pada tahun 1968 dalam sebuah bandar berdekatan Mandalay dan hanya mendapat pendidikan sekolah sehingga umur 14 tahun, dan kemudian menjadi sami. Keazaman yang tinggi untuk meninggalkan “kehidupan yang penuh dengan ketamakan dan penindasan”, beliau juga tiada keinginan untuk berkahwin dan hidup bersama  wanita dalam hidupnya.

Wirathu mendakwa dirinya membaca Al-Quran da memiliki beberapa rakan Muslim, “Kami tidak begitu rapat kerana rakan Muslim saya tidak tahu bagaimana ingin berbicara dengan sami Buddha… Saya boleh terima untuk dijadikan sebagai seorang rakan jika mereka mengakui bahawa saya seorang tokoh agama yang disegani dan dihormati.”

Ironi dan Bahaya Si Sami Ganas

Walaupun meringkuk dalam penjara selama 7 tahun disebabkan menghasut kebencian agama, Wirathu telah memperoleh anugerah “Freedom of Religion”  pada bulan Februari daripada sebuah pusat ibBuddha Burma UK, Sasana Ramsi. Dalam minggu yang sama, beliau menyebarkan khabar angin bahawa sekolah Rangoon akan dibangunkan menjadi sebuah masjid.

Para penganalisis memberi amaran bahawa sekiranya ucapan-ucapan Wirathu terus diberi kebebasan sebagaimana yang beliau kehendaki – ditambah dengan pengaruhnya yang kuat ke atas sami yang lain, juga turut menghasut sentimen agama dan kebencian kepada agama Islam – sepatutnya diambil sebagai ‘wake-up call’ kepada seluruh dunia. “Sekiranya gerakan yang sama (seperti kempen ‘969’yang dipenuhi dengan ucapan-ucapan jahat dan kebencian), khususnya kepada orang-orang Yahudi di Eropah, takkan ada mana-mana kerajaan Eropah akan bertolak ansur dengannya.”

Thein Sein dan ketua pembangkang, Aung San Suu Kyi telah dikritik kerana tidak menyatakan pendirian yang teguh ke atas keganasan yang berlaku di Burma sejak beberapa bulan lalu. Sebahagian mengatakan bahawa seolah-olah keganasan yang berlaku adalah keganasan yang terancang ; jurucakap khas PBB Vijay Nambiar berkata bahawa keganasan yang berlaku mengandungi “brutal efficiency” dan hasutan yang “menyemarakkan lagi api permusuhan”.

Baru-baru ini, aktivis berlatarbelakangkan banyak kepercayaan agama di Burma telah turun ke jalan-jalan untuk menyatakan bantahan mereka ke atas keganasan yang berlaku dengan mengedar T-shirt dan pelekat stiker dengan mesej : “There shall be no racial or religious conflicts because of me.” (Tiada konflik bangsa atau agama disebabkan saya) Namun ketegangan yang berlaku antara penganut agama Buddha dan Islam telah tersebar jauh dan meluas.

Di Rangoon, sebuah masjid dibakar yang membunuh 13 kanak-kanak yang dipercayai telah dibakar hidup-hidup. Dan di Indonesia, 8 orang penganut Buddha dipukul sehingga mati oleh sekumpulan Muslim Rohingya di sebuah pusat tahanan, sebagai tindak balas hukum pada insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh penganut Buddha ke atas wanita Islam Rohingya.

Banyak sumber mengatakan bahawa golongan yang mencetuskan permusuhan, seperti Wirathu, telah dijadikan boneka oleh tentera untuk menimbulkan huru-hara dari terlaksananya demokrasi. Namun Wirahthu menafikan hal itu, dan mengatakan bahawa beliau itu tindakan beliau sendiri, “Ini adalah kepercayaan saya, saya mahu dunia tahu mengenainya.”

Wirathu juga menegaskan bahawa “perkembangan populasi” penganut Islam di Burma bermaksud “mereka akan menawan negara kita pada akhirnya.” Sambungnya lagi, “Apabila kita menang di medan pertempuran ini, kita akan bergerak ke sasaran Muslim yang lain.”

“Preacher of hate”

1968 Wirathu dilahirkan di Kyaukse, berdekatan Mandalay.

1984 Menyertai Sami

2001 Mula melancarkan kempen kebangsaan “969”, termasuk memboikot perniagaan orang-orang Islam.

2003 Dipenjarakan selama 25 tahun kerana menghasut dan menyebar kebencian agama, menyebabkan 10 Muslim terbunuh di Kyaukse.

2010 Dibebaskan sebab pengampunan.

Jun 2012 Pergaduhan tercetus antara etnik Muslim Rohingya dan penganut Buddha di Rakhine.

September 2012 Wirathu mengetuai perhimpunan yang menyatakan sokongan kepada Presiden Thein Sein yang mencadangkan untuk menjadikan Rohingya ke sebuah negara dunia ketiga.

Oktober 2012 Angka keganasan meningkat di Rakhine.

Mac 2013 Pertempuran antara agama di Meiktila mengakibatkan 40 terbunuh dan 13,000 lagi menjadi pelarian ; pelekat stiker dan plak “969” disebar ke seluruh Burma.

Sumber : theguardian.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Laungan Amaran Kesan Buruk Hukuman Mati di Mesir

Next Post

Kapal Tentera Laut Turki Dihantar Bantu Pelarian Muslim Rohingya

Related Posts
Skip to content