SEZ Singapura-Johor dijangka beri kesan kepada kos sara hidup B40 dan M40, untungkan taikun hartanah, tenaga dan air

Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) yang bakal dimeterai 8 Disember ini dijangka memberi keuntungan kepada taikun hartanah, tenaga, dan air pada ketika kos sara hidup rakyat dijangka meningkat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peningkatan kos sara hidup akan memberi cabaran kepada rakyat tempatan, terutamanya golongan B40 dan M40. Mereka mungkin berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi yang pesat. – (Kosmo)

Peningkatan permintaan hartanah oleh warga asing di kawasan JS-SEZ menyumbang kepada kenaikan harga hartanah. Menurut Dr. Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Hartanah Kumpulan PropertyGuru, permintaan asing di Johor sebahagian besarnya disumbangkan oleh warga Singapura. – (Fokus)

Johor yang kini mencatatkan jumlah rumah mewah tidak terjual tertinggi di Malaysia juga mendahului dan mendominasi peratusan permintaan asing terhadap sektor perumahannya terutamanya di Iskandar Puteri, Puteri Harbour, Medini, Horizon Hills, Tebrau, Perling, Permas Jaya, dan Gelang Patah. – (Fokus)

Selain itu, rakyat tempatan juga perlu bersaing dengan tenaga mahir luar untuk mendapatkan kerja di Johor. Menurut Onn Hafiz, JS-SEZ akan mewujudkan persaingan untuk mendapatkan tenaga kerja berkualiti. Katanya, ini secara tidak langsung bakal menarik minat ramai pihak termasuklah dari luar negeri Johor, termasuklah mengundang permintaan tenaga mahir dari luar negara. – (Kosmo)

Onn Hafiz turut menggariskan kesan lain JS-SEZ seperti risiko berlakunya ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan luar bandar atau lokasi yang tidak termasuk dalam zon ekonomi ini. – (Kosmo)

Laporan yang diterbitkan portal Fokus pada Jun lalu menyenaraikan beberapa aktor yang berpotensi mendapat manfaat daripada zon ekonomi ini termasuk Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang banyak menjual tanah kepada syarikat hartanah China di Iskandar Malaysia. – (Fokus)

Selain itu, YTL yang pada Jun lalu meningkatkan pegangannya di dalam Ranhill Utilities Berhad dan Malakoff Corporation yang merupakan penjana tenaga terbesar di Johor dijangka memperoleh keuntungan daripada pembekalan air dan elektrik kepada industri di dalam JS-SEZ. – (Fokus)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS Bakal Kenakan Tarif ke Atas Produk Solar daripada Malaysia, Sasar Syarikat Panel Solar China di Malaysia

Next Post

Kadar wanita kerja selepas bersara meningkat mengatasi lelaki- DOSM

Related Posts

RADAR EDISI 61

RADAR EDISI #61 27/8/2019 -DALAM NEGARA- Keselamatan 1) Peningkatan aktiviti banteras keganasan oleh kerajaan, 519 ditahan sehingga Julai…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content