Siapakah aktor Yahudi di sebalik penubuhan negara haram Israel?

Pada 2 November 2017 yang lalu, genaplah usia 100 tahun perjanjian Balfour  (2 November 1917). Perjanjian ini merupakan perjanjian yang penting dalam gagasan penubuhan negara haram Zionis Israel.

Mengikut satu kajian yang dikeluarkan oleh Al Jazeera, terdapat beberapa aktor penting yang terlibat dalam Perjanjian Balfour ini.

Arthur Balfour

Lahir: Scotland, 1848

Mati: England, 1930

Arthur Balfour adalah Perdana Menteri Britain pada 11 Julai 1902 – 5 Disember 1905. Beliau adalah individu penting yang melobi kabinet Britain untuk membawa usul negara haram Israel ini ke kabinet. Usul itu di draft oleh Chaim Weizmann dan juga Lord Rotschild.

Sepupu beliau, Blanche Dugdale, yang bekerja di Agensi Yahudi di London bersama Chaim Weizmann berkata bahawa Balfour merupakan seorang Kristian Zionis. Di dalam autobiografinya, beliau berkata, minat Balfour terhadap nasib dan sejarah Yahudi yang panjang adalah hasil didikan ibu beliau yang berketurunan Scotland.

Sebelum beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Balfour menekan kerajaan Britain untuk meluluskan akta Aliens 1905, dengan tujuan untuk menyekat penghijrahan Yahudi dari Timur Eropah ke Eropah, sebaliknya ke Palestin.

Lionel Walter Rothschild

Lahir: England, 1868

Mati: England, 1937

 

 

Beliau adalah keturunan keluarga Perbankan Yahudi Rothschild yang kaya raya pada waktu itu. Beliau adalah seorang Zionis dan merupakan rakan baik kepada Chaim Weizmann.

Sejak bersara dari parlimen semenjak tahun 1910, beliau merupakan aktor penting komuniti Yahudi dan menjawab jawatan sebagai Presiden Zionis Inggeris. Beliau merupakan penerima Deklarasi Balfour.

Pada musim panas 1917, Arthur Balfour menyuruh Rothschild dan Weizmann untuk draft usul yang menyatakan bahawa Palestin perlu dijadikan rumah kepada orang Yahudi. Beliau antara pelobi utama di samping Weizmann dan juga aktor-aktor Zionist yang lain, dalam menjayakan deklarasi Balfour ini.

Chaim Weizmann

Lahir: Empayar Rusia (Sekarang Belarus), 1874

Mati: Israel, 1952

 

 Chaim Weizmann adalah presiden Israel yang pertama. Merupakan seorang ahli kimia dan Zionis Rusia. Theodore Herzl dikenal sebagai “bapa politik Zionis” ,Weizmann dilihat sebagai individu yang berjaya menjadikannya suatu kejayaan.

Selepas menerima PHD dalam bidang Kimia di Switzerland beliau pergi ke England, untuk berkhidmat bersama kerajaan British semasa perang dunia pertama.

Kontribusi beliau dalam menghasilkan acetone sintetik, untuk tujuan pengeboman, menjadikan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan aristokrat dan bangsawan British pada ketika itu. Termasuklah perdana menteri, David Lloyd George, setiusaha luar Arthur Balfour dan juga diplomat, Mark Sykes.

Beliau adalah individu yang merangka perjanjian Balfour bersama Lord Rothschild. Lobi beliau selama 2 tahun kepada kerajaan British supaya menyokong usaha pembentukan negara haram Israel.

David Lloyd George

Lahir: England, 1863

Mati: Wales, 1945

 

Beliau adalah perdana menteri kerajaan campuran Britain pada 1916-1922. Kerajaan pimpinan beliau yang mengusulkan perjanjian Balfour.

Beliau mencipta kabinet perang untuk merangka keputusan strategik dalam memastikan, agenda Zionis dipenuhi.

Beliau berkata “ Aku lebih diajar tentang sejarah Yahudi daripada sejarah orangku sendiri”

Di dalam memoir beliau, Lloyd George menulis beberapa alasan beliau menyokong Zionism, termasuklah untuk menarik pelabur-pelabur Yahudi, penganut Kristian Zionis, lobi Yahudi dan simpati terhadap orang Yahudi yang kononnya ditindas.

Beliau menulis menganugerahkan Deklarasi Balfour kepada Chaim Weizmann, sebagai sumbangan Weizman dalam kabinet perang Britain.

Sebelum memegang jawatan sebagai perdana menteri Britain, beliau berkerjasama rapat dengan Theodore Herzl. Dalam plan untuk menjadikan Uganda sebagai tempat penginapan Yahudi.

Semasa perang Lloyd George memberi arahan kepada Komander Perang British Edmund Alleby untuk menakluk Baitul Maqdis sebelum cuti Krismas. Apabila British memasuki Baitul Maqdis pada Disember mereka menyambut Krismas, dan menyatakan penaklukan itu sebagai hadiah kepada orang Kristian.

Mark Sykes

Lahir: London, 1879

Mati: Paris, 1919

 

Mark Skyes adalah individu penting yang melakarkan perjanjian Sykes Picot bersama Francois Georges-Picot, perjanjian Anglo-Perancis, untuk memecahkan wilayah Timur Tengah semasa perang dunia pertama.

Skyes adalah aktor penting yang menghubungkan Chaim Weizmann dengan aktivis-aktivis zionis yang lain dan juga kerajaan British.

Beliau memegang jawatan sebagai pembantu setiusaha dalam kabinet perang untuk melihat hal ehwal Timur Tengah bagi membolehkan usaha menubuhkan negara haram Israel terlaksana.

Beliau mengarah Nahum Sokolow, Zionis berbangsa Poland dan seorang diplomat untuk meyakinkan Perancis supaya menerima Palestin dibawah wilayah pemerintahan British dan kebenaran Pope di Rome.

Herbert Samuel

Lahir: England, 1870

Mati: England, 1963

Herbert Samuel adalah Menteri Kabinet Yahudi pertama di England pada tahun 1909.

Pada tahun 1914, Samuel yang bersemangat Zionis dari Jerman berpandangan bahawa “peluang untuk memenuhi aspirasi turun temurun orang Yahudi dan mendirikan negara Yahudi berkemungkinan ada”, katanya semasa berdiskusi dengan setiausaha negara bagi hubungan antarabangsa, Edward Grey.

Beberapa minggu kemudiannya, Samuel mengadakan memorandum bertajuk “The Future of Palestine (Masa depan negara Palestin)”, kepada Kabinet British. Samuel mencadangkan untuk menubuhkan sebuah komanwel Yahudi namun cadangan tersebut tidak menarik perhatian Perdana Menteri, HH Asquith.

“Dia fikir kita akan menempatkan tiga atau empat juta Yahudi Eropah ke kawasan yang tidak seberapa ini sebagai penyelesaian kepada anti-semitisme?”, tulis Asquith.

Dalam semakan memorandum, Samuel mengatakan bahawa Kerajaan British sepatutnya membolehkan pergerakan migrasi orang Yahudi, “supaya dari masa ke semasa penduduk Yahudi akan berkembang menjadi majoriti dan menetap di tanah tersebut. Dan akhirnya dapat berkerajaan sendiri”, sambil katanya “tindakan tersebut akan mengakibatkan England mendapat pujian daripada bangsa-bangsa Yahudi di serata dunia”.

Dia juga percaya bahawa ianya juga adalah demi kepentingan Britain untuk memasang kuasa diplomatik berhampiran kawasan Terusan Suez yang strategik.

Samuel bekerja rapat dengan Chaim Weizmann dan memberikan nasihat kepadanya tentang bagaimana untuk mengembangkan matlamat Zionis ke dalam jaringan kerajaan.

Pada 1918, anaknya Edwin, telah dilantik sebagai pegawai Komisen Zionis di Palestin iaitu sebuah kumpulan yang dipengerusikan oleh Weizmann. Kumpulan tersebut bertujuan untuk menasihati kerajaan British tentang bagaimana untuk mengimplementasikan Deklarasi Balfour.

Samuel dipilih selepas itu oleh Perdana Menteri, David Lloyd George untuk menjadi komisioner tertinggi iaitu sumber autoriti tertinggi di Palestin pada tahun 1920 hingga 1925. Dia disebut sebagai “Kerajaan Hebrew pertama Jerusalem selepas lebih 2,000 tahun”

Namun, dia menunjukkan beberapa kerisauan terhadap negara Yahudi yang boleh memberikan ancaman kepada Orang Arab Palestin yang majoriti di negara tersebut. Ramai yang mengkritik polisi samuel yang dilihat membenarkan Yahudi berkembang.

Sebagai contoh, dia melantik Zionis ke posisi-posisi tertinggi di dalam pentadbirannya, manakala orang Palestin dirompak haknya daripada memiliki struktur autonomi negerinya sendiri.

Nahum Sokolow

Lahir: Poland, 1859

Mati: London, 1936

Nokolow

Nahum Sokolow seorang penulis dan diplomat Poland. Beliau adalah aktor yang berunding dengan Perancis, dan Itali melalui perjumpaan beliau dengan Justice Louis Brandeis dan juga Pope Benedict XV di Vatican.

Atas jasa beliau meyakinkan pihak Perancis supaya membenarkan Palestin menjadi jajahan takluk Britain, beliau kemudiannya dilantik sebagai Presiden Persatuan Zionis Antarabangsa.

Kesimpulan

Melalui senarai aktor di atas, menunjukkan bahawa Zionis Yahudi, mempunyai lobi yang kuat di dalam kerajaan British kerana kebanyakkan aktor di atas memegang jawatan-jawatan penting dalam politik Britain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah penjajahan British telah membuka jalan bagi pendudukan Israel di Palestin?

Next Post

Keluarga Rockefeller antara penyumbang dana terbesar PBB

Related Posts
Skip to content