IHH, NGO kemanusiaan Turki sebagai orang tengah pendamai masalah dunia.

Human Relief Foundation (IHH) merupakan NGO bantuan kemanusiaan Turki yang menghantar bantuan kemanusiaan ke 140 buah negara serata dunia. Lebih kurang 180 juta USD bantuan pada tahun 2015 telah disalurkan oleh IHH ke seluruh dunia. IHH sangat aktif membantu negara-negra luar yang dilanda bencana alam, kemiskinan, negara yang berperang dan bermasalah samada negara islam atau negara bukan islam. Ramadhan 2016 ini sahaja pelbagai negara telah dilawati dan diberi bantuan kemanusian seperti Myanmar, Bangladesh, Gambia, Kirgystan, Kosova, Uganda dan terlalu banyak lagi. IHH juga menerima banyak penganugerahan dari pihak antarabangsa seperti mendapat ‘Special Consecutive Satutus’ oleh UN’s ECOSOC dan anugerah dari OIC dan banyak lagi penganugerahan lain hasil kerja keras IHH.

10313760_871766519512312_5584963274532916321_n

IHH wujud daripada organisasi yang berteraskan Islam di Turki. Selain IHH Kim Se Yok Mu, Dost Eli Society of aid and Solidarity, Cansuyu Society aid and solidarity, Deniz Feneri Association, Aziz Mahmut Hudayi Foundation dan banyak lagi NGO di Turki yang berteraskan bantuan kemanusiaan antarabangsa adalah NGO-NGO yang berteraskan dari organisasi Islam seperti contoh Kim Se Yok Mu adalah NGO kemanusiaan yang diwujudkan oleh pergerakan Gulen. Pendek kata NGO kemanusiaan Turki majoritinya dari organisasi Islam dan berkongsi motif tertentu dengan kerajaan dimana AK Parti sangat memberi sokongan terhadap NGO-NGO kemanusiaan kearah mencapai objektif dasar luar kerajaan. Ada 3 sebab kenapa organisasi Islam mendominasi NGO kemanusiaan di Turki dan berkerjasama dengan kerajaan.

 

Pertama, kerana kesedaran terhadap global komuniti ummah. Kedua, AK Parti atau kerajaan meyediakan peluang bagi NGO dengan ‘desecuritize’ aktivi keagamaan dan mempromosi misi kemanusiaan antarabangsa dimana NGO organisasi islam mendapat banyak manfaat darinya. Ketiga ialah peranan AK Parti yang menunjukkan Turki sebagai penggalas tanggungjawab ketamadunan dalam sektor politik global(Muslim) dimana diterima baik oleh NGO Islamik termasuk IHH.

 

Memetik kata-kata seorang Senior IHH, “Jika tidak ada bantuan keselamatan dan perlindungan kehidupan, bantuan makanan yang anda beri seperti melihat mangsa mati dengan perut yang penuh”.

 

Dengan kesedaran bahawa IHH perlu hulurkan bantuan yang bukan sekadar bantuan kewangan dan makanan, IHH telah mewujudkan bantuan diplomasi kemanusiaan. Polisi diplomasi kemanusiaan ini wujud kerana 4 sebab. Sebab pertama ialah perlindungan kepada orang yang berada dalam peperangan, terorisme, dan negara yang tertindas. Kedua, mencegah pengusiran pelarian. Ketiga, berkempen untuk mencari orang yang hilang, menyelesaikan masalah penculikan, pemenjaraan rakyat di negara yang berperang dan tanggungjawab melindungi keluarga mangsa. Keempat, IHH terdorong dengan Surah Al-Hujurat (49: 9) yang bermaksud bilamana ada 2 golongan muslim yang berselisihan, damaikanlah antara mereka.

diyarbakir-ihh-20150426-04
Simposium yang dianjurkan oleh IHH, Kurds and the peace in Middle East

Perkara ini dapat dilihat apabila IHH mengorak langkah panjang dengan menjadi ‘mediator’ bagi masalah keamanan dunia seperti memainkan peranan sebagai Third Party Monitoring Team dalam proses keamanan Bangsamoro, menjadi mediator menyelesaikan penculikan di Syria dan Pakistan. IHH juga menganjurkan simposium, bengkel dan mesyuarat untuk masalah dalaman yang dihadapi Turki dan Kurdi dimana IHH menerbitkan Resolution Process Report berdasarkan pendapat-pendapat awam yang komprehensif serta dikaji di kawasan-kawasan Kurdi. Juga simposium yang dianjurkan di Diyarbakır diadakan dengan jayanya oleh IHH pada tahun 2015 dengan tajuk Kurds and Peace in the Middle East. IHH juga menjadi mediator diantara Hamas dan Fatah di Palestin dan peranan yang sama IHH mainkan dalam konflik Muslim di Chechnya dan masalah antara Sufi dan Salafi. Tidak di lupa peristwa kapal Mavi Marmara ketika IHH berjaya mendengarkan keganasan Israel kepada telinga dunia seterusnya menjadikan Turki sebagai parti ketiga yang kuat di Timur Tengah. Usaha polisi diplomasi kemanusiaan IHH selepas coup askar Mesir dapat dilihat bilamana IHH menjadi orang tengah di antara Ikhwanul Muslimin dan coup askar yang pada mulanya negosiasi menampakkan reaksi yang positif namun negosiasi gagal pabila perubahan perangai perwakilan Sisi. Usaha IHH untuk duduk semeja dengan ISIS untu membincangkan proses keamanan juga terpaksa dibatalkan kerana ISIS yang sememangnya tidak pernah mengamalkan Islam yang sebenar dan tidak pernah mahu berbincang dengan mana-mana pihak malah pernah membunuh delegasi keamanan lain ketika duduk semeja berbincang denhan mereka.

1560-moro-lideri-haci-murat-ibrahim-ihhdaydi-ihh-haberler[524x325]
IHH sebagai TPMT pendamai masalah Bangsamoro
Dalam konteks pengalaman penulis yang hampir setahun tinggal di Turki. Penulis tidak pernah melihat bangsa yang begitu pemurah seperti bangsa Turki. Mereka bukan sahaja menderma kepada orang miskin tapi sifat suka memberi hadiah dan sebagainya itu diberikan kepada orang yang senang juga. Penulis dapat menganalisis bahawa budaya suka memberi dan menolong orang Turki ini daripada peninggalan Khalifah Uthmaniyyah. Sehingga kini budaya memberi dan tolong menolong tidak pudar dan perasaan ini masih ada di hati rakyat Turki yang merasakan tanggungjawab untuk membantu orang yang susah dalam dan luar negara kerana empayar Uthmaniyyah yang pernah menjaga ummah Islam suatu ketika dahalu. Terbukti bahawa pertolongan NGO-NGO Turki bukan mahu mendapat nama di dunia namun sifat semula jadi pemurah mereka memang tak dapat dipisahkan dari darah mereka.

Dalam konteks Malaysia juga. Aman palestin, Aqsa Sharif, Malaysia Line for Syria dan NGO kemanusiaan yang seumpamanya perlu mengambil IHH sebagai contoh untuk memperluaskan pertolongan melebihi daripada bantuan material untuk pembangunan ummah. Seterusnya kerajaan juga perlu mengikuti langkah bijak AK Parti yang sangat bijak untuk memperluaskan ‘soft power’ dalam percaturan politik dunia dan bukannya menjadi mangsa kuasa besar yang mengambil kesempatan terhadap Malaysia.

Oleh:

Iffah Fadhilah Bte Awang Muhaidin

Penganalisis IRIS. Beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pengajian Timur Tengah, di Sakarya Universiti, Turki

Rujukan

 

  • Broadening the non govermental humanitarian mission: The IHH and mediation by Husrev Tabak
  • ihh.org.tr
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BREXIT: The unraveling of the Europe? The beginning of the end?

Next Post

Relevansi pendekatan AKP dalam proses Islamisasi di Turki – Pengalaman dan Pelajaran

Related Posts
Skip to content