Syarikat China Curi Sumber REE Negara, Beri Kerugian kepada Negara Lebih 400 Juta USD

Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), terdapat dua perlombongan haram REE di Kedah yang berjaya di tangkap pada Oktober 2022 dan Januari 2023. Kecurian tersebut dianggarkan berjumlah lebih RM8.2 juta bersamaan dengan 548 guni serta 220 tan. (Berita Harian)

Terbaharu, selain di Bukit Enggang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 10 Ogos lalu mendedahkan berlaku satu lagi kejadian kecurian REE di Kampung Bendang Man, Sik yang juga tapak ladang milik MBI Kedah
(Majoriti)

Namun, nilai kecurian sebenar adalah lebih tinggi kerana kecurian berlaku sejak 2021, kualiti REE mungkin lebih tinggi, dan jumlah sebenar hasil REE di Bukit Enggang mencecah sehingga 250,000 tan metrik. (Utusan)

Dalam pada itu, terdapat 60 lombong haram REE diseluruh negara termasuk Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan lain-lain. (Utusan)

Data yang dikeluarkan oleh OEC menunjukkan Malaysia merupakan pengeksport REE terbesar yang ketiga di dunia dengan nilai eksport berjumlah 424 juta USD pada 2021 sahaja. (OEC)

Data ini agak janggal kerana Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE). Malah, SOP ini masih dalam fasa perbincangan. (Kosmo)

Oleh itu, modus operandi perlombongan haram di Kedah berlaku di negeri-negeri lain. Sekiranya ditambah jumlah eksport haram REE negara pada tahun-tahun kebelakang, ia boleh mencecah nilai trilion ringgit.

Lebih merisaukan, bergantung kepada kualiti REE tersebut, bahan REE boleh membina alatan aeroangkasa, lampu wap merkuri, laser YAG, superkonduktor, penapis MW, elektrod bakteri, bakteri nuklear, dan pelbagai lagi teknologi moden. (Utusan)

Melihat kepada kes Kedah, pengguna akhir bahan REE adalah China. Dan China juga merupakan pengimport nombor 1 REE di dunia. Kes ini juga menggambarkan bahawa kebarangkalian tinggi untuk China melakukan aktiviti haram disebalik kerjasama perniagaan.

Sebagai makluman tambahan, MBI Kedah telah memeterai MoU bersama syarikat perlombongan China, Xiamen Tungsten pada 10 Januari 2023 bagi kerja-kerja penerokaan, bantuan teknikal, dan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah. (Malay mail)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab pertanyaan

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Model Persyarikatan Ekonomi Nasional Bukan Formula Baharu, Bahkan pernah Gagal

Next Post

Perkembangan Kuasa Nasional (Ogos 2023)

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content