Tarif AS: Pelonggaran Had Pemilikan Asing Dipertimbang, Aset Negara & PKS Bumiputera Terancam

Kerajaan sedang meneliti desakan Amerika Syarikat untuk melonggarkan had pemilikan asing, langkah yang dikhuatiri menjejaskan kawalan ke atas aset strategik negara dan penyertaan PKS Bumiputera dalam ekonomi.

Ini selepas Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengawal selia dan pemain industri, termasuk sektor perbankan dan tenaga, berhubung pelonggaran had pemilikan asing. – The Edge

Bagaimanapun, Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata dasar Bumiputera dalam pemilikan industri tempatan dan sektor strategik kekal sebagai antara ‘garisan merah’ yang ditetapkan kabinet, selain keutamaan kepada syarikat tempatan dan Bumiputera dalam perolehan kerajaan, pengiktirafan halal oleh JAKIM, serta perlindungan harta intelek. – Bharian

Malaysia telah mula meliberalisasikan dasar ekuiti asing sejak 2009, termasuk membenarkan pemilikan penuh (100%) dalam beberapa sektor dengan menghapuskan keperluan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat tersenarai awam (PLC). Namun, kawalan ketat masih dikekalkan dalam beberapa sektor utama. – NST, The Edge

Pada ketika ini, sektor telekomunikasi hanya membenarkan sehingga 49 peratus pemilikan asing, manakala bank perdagangan hanya 30 peratus. – NST

Perbankan pelaburan dan perbankan Islam pula dihadkan kepada 49 peratus, manakala sektor insurans dibenarkan sehingga 70 peratus pemilikan asing. – NST

Dalam sektor pertanian dan hartanah, kadar pemilikan asing berbeza antara 30 hingga 50 peratus, bergantung pada jenis dan lokasi tanah. – NST

Had turut dikenakan dalam perkhidmatan profesional seperti guaman, perakaunan dan kejuruteraan (30–49%), penjagaan kesihatan swasta (30%), serta sektor berkepentingan strategik seperti pertahanan dan infrastruktur kritikal termasuk pelabuhan dan lapangan terbang. – NST

Profesor Madya Kewangan UCSI University dan Felo Penyelidik di Centre for Market Education, Dr Liew Chee Yoong, berpandangan bahawa pelonggaran had pemilikan asing boleh mengundang implikasi terhadap kedaulatan ekonomi dan kedudukan Bumiputera, walaupun ia dilihat berpotensi menarik aliran modal untuk membangunkan infrastruktur dan merancakkan industri bernilai tinggi. – NST

“Antara kebimbangan utama ialah kehilangan kawalan terhadap aset dan industri strategik negara yang boleh mencetuskan persoalan kedaulatan,” katanya. – NST

Beliau turut memberi amaran bahawa syarikat tempatan, khususnya PKS dan syarikat milik Bumiputera, berdepan risiko dipinggirkan atau diambil alih. – NST

“Selain itu, gangguan terhadap dasar sosioekonomi sedia ada yang menjamin agihan kekayaan secara saksama boleh membawa kesan politik dan sosial yang ketara,” katanya. – NST

Setakat Jun 2025, pemilikan asing dalam pasaran ekuiti Malaysia berada pada paras 19 peratus, susut daripada 25.1 peratus pada Jun 2013. – NST

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, antara faktor penyusutan tersebut ialah kecairan saham yang rendah kerana syarikat besar, khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dipegang oleh institusi pelaburan milik kerajaan. – NST

Menurutnya, situasi ini menyebabkan jumlah saham yang tersedia untuk pelabur asing menjadi kurang menarik dari segi kecairan pasaran. – NST

Menurut sumber yang dipetik Bloomberg, kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk merendahkan kadar tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump ke paras sekitar 20%, dengan harapan menyamai Indonesia dan Vietnam. – Bloomberg

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penutupan Selat Hormuz Bakal Jejas Bekalan Minyak Malaysia, Petronas Dijangka Raih Manfaat Eksport

Next Post

RUU E-Dagang Akan Dibentang Awal 2026, Potensi Lindungi Pasaran Tempatan Daripada Dominasi Produk Asing

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.