Terbaru: Amerika Syarikat Padam Rekod Buruk Malaysia Demi TPPA

 

Laporan "Trafficking In Person 2014" yang dikeluarkan Jabatan Negara AS
Laporan “Trafficking In Person 2014” yang dikeluarkan Jabatan Negara AS

Terbaru, Amerika Syarikat membuat keputusan untuk menaik taraf status Malaysia dari status yang terburuk bagi rekod jenayah pemerdagangan manusia, sekali gus membolehkan Obama meneruskan rancangannya bagi menjayakan perjanjian perdagangan TPPA dengan Malaysia. Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi tahun 2015 tersebut dijangka akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

Keputusan Amerika Syarikat untuk menaik taraf status Malaysia dari Tier 3; status terburuk ke Tier 2 Watchlist membuka peluang bagi Obama meneruskan rundingan TPPA dengan Malaysia. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut menimbulkan kemarahan ramai pihak memandangkan tragedi penemuan beratus kubur pelarian di utara negara menimbulkan persoalan sama ada Amerika Syarikat perlu atau tidak untuk meneruskan perjanjian walaupun bertentangan dengan undang-undang AS yang melarang tindakan tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan untuk tahun terdekat sehingga Mac ini, kadar sabit jenayah pemerdagangan manusia bagi Malaysia dilaporkan bakal merosot walaupun jumlah siasatan yang direkod telah meningkat. Hal ini menguatkan lagi pendirian bahawa Malaysia sepatutnya masih kekal di Tier 3 dan masih tidak mampu diberi sebarang usaha naik taraf.

Malah, salah seorang Senator AS, Robert Menendez lantang menyatakan pendiriannya yang menolak usaha menaik taraf status Malaysia dalam laporan tersebut. Beliau berkata dalam kenyataannya, “Sekiranya status Malaysia akan dinaik taraf dalam laporan “Trafficking in Person” yang dikeluarkan Jabatan Negara AS, ini membuktikan wujudnya penyelewengan dalam senarai negara yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia, sekali gus merosakkan integriti laporan ini. Hal ini pasti menyukarkan usaha pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia.”

Phil Robertson, Timbalan Pengarah Human Right Watch bahagian Asia turut menyatakan rasa terkejut beliau atas keputusan ini. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia telah melakukan langkah penambahbaikan yang sedikit dalam usaha perlindungan bagi pekerja warga asing di negara itu. Malah beliau melihat langkah menaik taraf kedudukan Malaysia ini hanyalah satu ganjaran politik daripada Amerika Syarikat.

Selain Malaysia, Brunei selaku salah satu negara yang terlibat dengan TPPA turut mendapat tentangan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana melaksanakan hudud di negara tersebut. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada wajar atau tidak Amerika Syarikat meneruskan perjanjian TPP dengan negara terbabit.

 

Disusun oleh: Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: Reuters

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Analisa Hubungan Tiga Segi Amerika-Vietnam-China

Next Post

Sejarah dan Siri Penindasan Muslim Uighur yang Perlu Kita Tahu

Related Posts
Skip to content