Terbaru: Analisis Kehilangan Pesawat MH370

mh5

 

Beberapa hari lepas beberapa serpihan pesawat dijumpai di Kepulauan Reunion di Timur Madagascar. Serpihan sayap belakang pesawat telah dikenal pasti sebagai sebahagian dari pesawat Boeing 777. Penemuan ini menarik kembali perhatian seluruh dunia terhadap penyiasatan MH370 yang telah hilang hamir 500 hari.

Setelah pencarian hampir setahun berhampiran Laut Andaman, Laut China Selatan dan Laut India, pihak penyiasat NTSB dan pasukan penyiasat Malaysia menemui jalan buntu setelah pencarian tidak menemukan sebarang hasil malah meninggalkan beribu soalan berbanding jawapan.

 

Kedalaman dan kondisi Lautan Hindi menyukarkan pencarian

https://www.youtube.com/watch?v=UfOpKlVfAl8

Video ini memaparkan gelora di lautan hindi yang menyukarkan pencarian.

Pencarian MH370 di Laut India menemukan jalan yang sangat sukar kerana keadaan laut yang kerap kali bergelora dan berombak. Kelajuan arus bawah laut mencecah 5 mph (batu per jam) dan ini menyebabkan pelbagai risiko perlu dikaji oleh kumpulan penyiasat dan pasukan pencari.

Kedalaman Lautan Hindi mencecah 3600m di bawah paras laut iaitu hampir 4 kali ganda lebih tinggi dari bangunan tertinggi dunia,Burj Khalifa.

 

Adakah mustahil serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion merupakan serpihan pesawat MH370?

Adalah tidak mustahil serpihan pesawat tersebut dihanyutkan dari dasar laut Hindi sehingga berada di Pulau Reunion kerana bahan binaan pesawat tersebut terdiri dari bahan komposit ringan yang memberi keupayaan beberapa bahagian pesawat tersebut terapung.

Mengikut simulasi pergerakan arus Lautan Hindi, arus yang membawa serpihan tersebut berkemungkinan mencecah 5mph yang berdasarkan garis masa dari tarikh terhempas sehingga kini,maka tidak mustahil serpihan tersebut berada di Pulau Reunion dan banyak lagi serpihan dijangka akan dapat dijumpai dalam masa terdekat.

 

Adakah Penemuan Serpihan ini Signifikan kepada siasatan?

Penemuan serpihan ini signifikan dalam pencarian serpihan yang lain namun tidak akan mampu terjawab persoalan mengenai mengapa pesawat ini terhempas.

Penemuan sayap pesawat menceritakan sedikit tentang bagaimana sayap tersebut mampu tercabut dari badan pesawat. Melalui permehatian awal, boleh dikatakan sayap tersebut tercabut sebelum pesawat terhempas ke dalam laut. Ini bermakna pesawat tersebut berada dalam keadaan menjunam yang tajam pada kelajuan yang melebihi dari apa yang badan pesawat tersebut mampu hadapi.

Namun di harapkan bahawa dengan penemuan serpihan ini,dapat membuka pintu penemuan bangkai pesawat MH370 yang masih tersadai di dasar Lautan Hindi.

 

Amirul Asyraf

Penganalisis IRIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Perkukuh Kerjasama dengan ASEAN

Next Post

Perang Siber : Penggodam Rusia Guna Twitter untuk Sembunyikan Serangan

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content