Pengilang Besar Monopoli Hasil Padi Tempatan, Kilang Padi Melayu Berisiko Pupus

Berdasarkan laporan Institut Penyelidikan Khazanah, pengilang Bumiputera hanya mewakili 14 peratus daripada pasaran pengilang padi tempatan setakat 2017. Manakala, Bernas bersama syarikat usaha sama (JV) menguasai 48 peratus, diikuti pengilang swasta yang memegang 38 peratus. (Khazanah Research Institute)

Keadaan ini memberi kesan terutamanya kepada pengilang Melayu. Laporan terbaru Utusan mendedahkan hanya 11 kilang Melayu yang masih hidup di dalam pasaran. Menurut, Musonnef Md. Radzi, hal ini terjadi kerana penguasaan modal oleh pengilang besar dan tiada kawalan kapasiti pembelian padi oleh kerajaan. Pengilang besar dikatakan mampu membeli padi dalam kapasiti yang lebih besar dengan harga satu tan metrik yang jauh melangkaui harga siling. (Utusan Malaysia)

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Termizi Yop mendakwa krisis ini berlaku sejak lima tahun lepas lagi apabila terdapat penurunan mendadak pengilang beras Bumiputera daripada 300 kepada 60 sahaja di seluruh Malaysia. Lebih terperinci, pengilang Bumiputera di Kedah dilaporkan hanya tinggal dua sahaja berbanding dengan kebanyakan daripada mereka terpaksa gulung tikar akibat monopoli pengilang besar. (The Merdeka Times)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penilaian Konflik Iran-Israel Daripada Perspektif Negara Islam

Next Post

Serangan Balas Iran ke Atas Israel Beri Talian Hayat Buat Netanyahu, Amerika Bakal Tingkatkan Bantuan Kewangan dan Ketenteraan ke Israel

Related Posts
Skip to content