Turki: Kerajaan Campuran AKP dan CHP Bakal Menjadi Kenyataan

kilicdaroglu_davutoglu-jpg20150813000532

 

Ankara – Parti Rakyat Republik (CHP) memberi kuasa kepada pemimpin parti untuk menentukan sama ada ingin atau tidak membentuk satu pakatan bersama Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada perbincangan terakhir yang bakal diadakan pada hari Khamis.

Timbalan pengerusi CHP, Ozgur Ozel menyebut dalam satu sidang media di ibu pejabat parti tersebut di Ankara pada hari Rabu bahawa mereka telah memberi presidennya, Kemal Kilicdaroglu kuasa penuh untuk membentuk sebuah pakatan.

“Pemimpin parti CHP akan berada di sana bagi membentuk sebuah kerajaan hasil daripada hasrat baik dan pengorbanan mereka” beliau berkata. “Parti kami telah melakukan pengorbanan yang besar untuk membawa perbincangan sejauh ini berkaitan penubuhan pakatan bersama parti yang telah mentadbir negara ini selama 13 tahun.” Tambah beliau lagi, kini tinggal untuk kita lihat sama ada AKP bersedia melakukan pengorbanan sama untuk Turki.

“Esok kami akan hadir ke meja rundingan dengan permintaan untuk membentuk kerajaan campuran selama 4 tahun,” Ozel menyebut.

Setelah pilihanraya umum pada 7 Jun lalu yang menyaksikan AKP hilang majoriti di dalam parlimen, 4 parti telah mengadakan rundingan untuk kerajaan campuran yang kemungkinan dibentuk. Tumpuan utama diberikan kepada rundingan antara 2 parti terbesar di Turki iaitu AKP dan CHP.

Ia berikutan beberapa siri perbincangan 2 hala antara pemimpin AKP, Ahmet Davutoglu yang juga merupakan perdana menteri Turki bersama pemimpin CHP, Kemal Kilicdaroglu berkaitan polisi luar, pendidikan dan ekonomi dalam pertemuan pada hari Isnin.

Mereka berdua dijangka akan berjumpa sekali lagi pada hari Khamis untuk perbincangan terakhir bagi menetapkan sebuah pakatan. Jika selepas tempoh akhir 23 Ogos masih tiada pembentukan kerajaan campuran, maka Turki sekali lagi akan mengadakan pilihanraya parlimen pada penghujung tahun ini.

 

Terjemahan: Huzaifah Ibrahim

Sumber: AA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hubungan Mesir-Israel Semakin Erat Sejak al-Sisi Memerintah

Next Post

Tomislav Salopek: Croatia bimbang tebusan di Mesir

Related Posts
Skip to content