Tomislav Salopek: Croatia bimbang tebusan di Mesir

rsz_slika_zaslona_2015-08-12_222406

 

Ekoran penangkapan seorang rakyat Croatia di Mesir baru-baru ini, kerajaan Croatia melahirkan kebimbangan bahawa desas desus bahawa rakyatnya itu telah dipenggal oleh militan yang bergabung dengan IS itu adalah benar.

Sebuah kumpulan militan Mesir telah mengaku telah memenggal Tomislav Salopek, setelah menculik beliau kira-kira tiga minggu yang lalu.

Sekeping gambar memaparkan badan mangsa dimuat naik oleh sebuah akaun yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan terbabit di ruang sosial Twitter yang dikenali sebagai “Sinai Province”.

Croatia mengesyaki bahawa wujud kumpulan lain yang telah menculik Salopek sebelum menyerahkan mangsa kepada kepada pihak militan.

Imej ngeri yang dimuat naik pada hari Rabu lepas menunjukkan mayat tanpa kepala terkulai di kawasan padang pasir betul-betul berada di sebelah pisauyang terhunus ke tanah dan sehelai panji hitam yang sering kali digunakan oleh pihak IS.

Imej ayah kepada dua orang anak yang malang tersebut dinamakan “ Balasan kepada negaranya yang menentang Islamic State”.

Sebelum itu, “Sinai Province” telah mengugut untuk membunuh Salopek sekiranya kerajaan Mesir tidak membebaskan wanita Muslim yang telah dipenjarakan.
Mangsa merupakan seorang pekerja di syarikat goesains Perancis yang terlibat dengan cari gali minyak sebagai surveyor.

Salopek diculik semasa dalam perjalanan kira-kira 22km ke barat Kaherah pada 22 Julai lepas, menurut sumber keselamatan.

Sekiranya kematian Salopek adalah benar, ini merupakan pembunuhan pertama oleh militan Mesir terhadap tebusan Barat selepas melancarkan kempen menentang pemerintah Sisi kira-kira 2 tahun lepas.

 

Carian diteruskan

Perdana Menteri Croatia, Zoran Milanovic dalam kenyataannya pada Rabu lepas berkata, kerajaan masih belum dapat memastikan kesahihah maklumat tentang kematian Salopek.

“Saya tidak pasti sama ada sama ada kita boleh mengesahkan maklumat yang kita ada sekarang dalam masa terdekat, kelihatan tiada petanda baik akan muncul, Saya bimbang perkara yang kita ingin elakkan telahpun benar-benar berlaku”

 

Sejauh mana kesahihan maklumat daripada IS?

Milanovic menggesa orang ramai supaya menghentikan sebarang bentuk sebaran gambar tentang kematian Salopek.

Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa Croatia tidak akan mengambil bahagian dalam kempen keatas IS.

Croatia sebelum ini berkata walaupun ia merupakan sebahagian daripada pakatan antarabangsa yang menentang pembentukan negara IS – sebagai ahli Kesatuan Eropah dan NATO – ia tidak mempunyai rancangan untuk menyertai pakatan ketenteraan.

Pada hari Khamis, Menteri Luar Croatia, Vesna Pusic, sekali lagi mengesahkan tidak mendapat apa-apa maklumat yang boleh dipercayai tentang pembunuhan Salopek.
Pada awal tempoh penculikan, pihak militan meminta supaya disediakan wang terbusan untuk menyelamatkan mangsa. Tuntutan kedua pula menuntut supaya wanita Islam yang dipenjarakan di dalam penjara Mesir dibebaskan. Croatia percaya, tuntutan-tuntutan ini datang daripada dua kumpulan yang berbeza.

 

Analisis: Frank Gardner, BBC wartawan keselamatan.

Tidak ada pengesahan rasmi yang menyatakan bahawa Tomislav Salopek telah dibunuh, tetapi penculikan beliau menandakan keselamatan di Mesir telahpun berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Walaupun bahagian utara Semenanjung Sinai merupakan kubu kuat untuk militan untuk beberapa tahun, ini merupakan kali pertama seorang warga asing telah diculik di Mesir, di kawasan pinggir Kaherah.

Pihak berkuasa Mesir telah melakukan pencarian secara besar-besaran, namun, Semenanjung Sinai yang mempunyai luas kawasan yang tidak berpenghuni yang sangat besar, menjadikan pencarian mangsa menjadi sukar.

Kemungkinan mangsa telah dilarikan ke sempadan Libya juga adalah tidak mustahil kerana kerajaan Libya masih lagi belum stabil.

Insiden ini menjadikan pelabur asing tidak berani meletakkan kepercayaan mereka dengan keselamatan Mesir, terutama sekali dalam masa terdekat.

Pada minggu yang lalu, “Sinai Province” telah memuat naik sebuah video seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Salopek, melutut di kawasan padang pasir. Di sebelah mangsa, berdiri seorang lelaki yang memakai topeng dan sedang memegang sebilah pisau.

Lelaki bertopeng itu mengugut, pihak berkuasa Mesir untuk mematuhi tuntutan “Sinai Province” terhadap pembebasan tahanan wanita Islam atau Salopek akan dibunuh dalam masa 48 jam.

Selepas rampasan kuasa pada 2013 terhadap Presiden Mohammed Morsi, seramai 40,000 penyokong Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam yang lain dipercayai telah ditahan dan lebih 1,000 yang lain terbunuh.

“Sinai Province” juga mendakwa ia bertanggungjawab ke atas pembunuhan jurutera petroleum Amerika William Henderson, yang mayatnya telah ditemui dalam sebuah kereta di Gurun di sebelah barat Semenanjung Sinar pada bulan Ogos 2014.

Kumpulan militan itu sebelum ini dikenali sebagai Ansar Beit al-Maqdis sehinggalah ia bekerjasama dengan IS pada bulan November dan menukar namanya.

Militan yang mempunyai kaitan dengan IS itu telah melakukan atau mengaku terlibat dengan siri pembunuhan warga Eropah dan warga lain sepanjang tahun lalu. Ini termasuklah wartawan AS James Foley dan Steven Sotloff, dan pembantu perubatan British David Haines dan Alan Henning.

CGG, syarikat geosains Perancis tempat Salopek berkhidmat, mungkin menimbang untuk melakukan penstrukturan semula saiz syarikat di Mesir ekoran kejadian tersebut,

Jurucakap Christophe Barnini memberitahu BBC bahawa syarikat itu sedang berunding dengan pelanggannya mengenai tahap risiko mereka sanggup ambil dan CGG sanggup hadapi.

Barnini enggan mengulas secara terperinci mengenai keadaan penculikan Salopek tetapi beliau berkata syarikat itu telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan selepas insiden itu berlaku.

 

Susunan: Mohd Khairil Alias

Sumber : BBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Turki: Kerajaan Campuran AKP dan CHP Bakal Menjadi Kenyataan

Next Post

Lebih 300 orang memeluk Islam di Dubai Ramadan lalu

Related Posts
Skip to content