USAID: Tulang Belakang Usaha Imperialisme Amerika Syarikat

usaid2-1024x396

Jabatan-jabatan khusus untuk inisiatif peralihan, penubuhan semula, pengurusan konflik, perkembangan ekonomi, tadbir urus dan demokrasi adalah tempat utama di mana jutaan dolar disaring dari Washington kepada parti-parti politik, NGO, organisasi pelajar dan pergerakan yang mempromosikan agenda AS di seluruh dunia. Tidak kiralah sekiranya berlaku rampasan kuasa, Color Revolution atau perubahan rejim di mana-mana, di situlah terdapat USAID serta aliran dana daripada mereka.

Melalui pelaksanaan satu siri pertubuhan yang seakan-akan swasta seperti Albert Einstein Institute (AEI), National Endowment for Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI), Freedom House dan International Center for Non-Violent Conflict (ICNC), Washington telah mula menyaring dana dan bantuan yang strategik bagi parti-parti politik serta kumpulan-kumpulan di luar negara yang mempromosikan agenda AS di negara-negara yang melaksanakan undang-undang selain daripada undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Kita pasti tertanya-tanya bagaimanakah badan-badan atau organisasi sebegini dapat membiayai pergerakan yang sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak bagi memastikan usaha mereka berjalan lancar. Di sebalik kesemua institusi dan pertubuhan ini, US Agency for International Development (USAID) adalah tulang belakang yang menyokong kuat sehingga mendorong kepada kejayaan badan-badan yang cuba membawa idea serta agenda Barat ini.

USAID secara ringkasnya merupakan cawangan kewangan di bawah Jabatan Negeri. Hari ini, USAID memainkan peranan yang lebih kritikal dalam soal keselamatan, perisikan, serta pertahanan di Washington. Bukan itu sahaja, USAID turut berfungsi sebagai entiti utama yang menggalakkan kepentingan ekonomi dan strategik AS di seluruh dunia sebagai satu langkah operasi penentang.

Jabatan-jabatan khusus untuk inisiatif peralihan, penubuhan semula, pengurusan konflik, perkembangan ekonomi, tadbir urus dan demokrasi adalah tempat utama di mana jutaan dolar disaring dari Washington kepada parti-parti politik, NGO, organisasi pelajar dan pergerakan yang mempromosikan agenda AS di seluruh dunia. Tidak kiralah sekiranya berlaku rampasan kuasa, Color Revolution atau perubahan rejim di mana-mana, di situlah terdapat USAID serta aliran dana daripada mereka.

 

Color Revolution – revolusi tajaan Amerika Syarikat melalui USAID

Color_Revolutions_Map

Walaupun berbeza negara dan tempat, pergerakan seperti ini mempamerkan komponen dan corak yang serupa; diketuai oleh kumpulan pelajar serta golongan belia dengan wajah baru, menarik orang ramai untuk turut serta seolah-olah perkara itu sangat hebat dan mengikut arus trend terkini. Komponen lain yang mengukuhkan lagi pergerakan ini adalah logo, warna, strategi pengiklanan.

Di Serbia, sebuah kumpulan, OPTOR, yang mengetuai penggulingan Slobodan Milosevic, turun padang dengan t-shirt, poster serta bendera yang terdapat gambar tangan yang digenggam dalam warna hitam putih, melambangkan tentangan. Di Ukraine pula, logo tersebut kekal yang sama, tetapi dalam warna oren. Di Georgia, tangan tersebut bewarna merah ros, sementara di Venezuela terdapat sedikit kelainan di mana logo tangan tersebut diubah kepada tangan yang terbuka berwarna hitam putih.

Color Revolution sering berlaku di negara-negara yang memiliki sumber-sumber asli yang strategik: gas, minyak, pusat ketenteraan dan kepentingan geopolitik. Negara yang ditadbir kerajaan yang bersandarkan sosialis dan anti-imperialis turut menjadi tempat berlakunya pergerakan revolusi seperti ini. Mereka memperkenalkan idea yang berunsur anti-komunis, anti-sosialis dan pro-imperialis.

Protes serta tindakan yang menggugat kestabilan akan dirangka di sekitar kempen dan proses pilihanraya untuk mewujudkan ketegangan dan persoalan berkenaan potensi penipuan, serta untuk menjatuhkan pilihanraya terbabit jika berlaku kekalahan terhadap pihak lawan. Agensi yang sama akan sentiasa di situ, memberi dana, latihan serta nasihat: USAID, NED, IRI, NDI, Freedom House, AEI dan ICNC. Strategi yang dilaksanakan dilihat sebagai langkah untuk melemahkan dan menghuru-harakan tunggak kuasa kerajaan, mengneutralkan badan keselamatan dan mewujudkan huru-hara serta ketidakstabilan.

Colonel Robert Helvey, salah seorang pengasas strategi tersebut dan juga pengarah AEI, menerangkan bahawa tujuan mereka bukan untuk menjatuhkan angkatan bersenjata dan pihak polis, tetapi untuk mengubah mereka – memujuk mereka untuk meninggalkan kerajaan yang terkini dan membuatkan mereka faham bahawa terdapat tempat untuk mereka dalam kerajaan masa depan.

Golongan belia digunakan dalam usaha ini. Ia merupakan satu bentuk strategi yang dirancang dengan baik dan teliti, kemudian ditujukan terus kepada pihak keselamatan, pegawai polis serta orang awam umumnya, beserta dengan komponen perang psikologi dan kehadiran orang awam di jalanan yang memberikan gambaran sebuah negara sedang berada dalam ambang pemberontakan.

 

Fakta kes: Revolusi di Venezuela

TOPSHOTS Venezuela's acting President Nicolas Maduro holds a picture of the late president Hugo Chavez during a campaign rally in Catia la mar, state of Vargas on April 9, 2013. Venezuelans will elect new president next April 14 and the final stretch of Venezuela's race to replace Hugo Chavez coincides with a delicate anniversary for the opposition: 11 years since a brief coup against the late leftist leader. AFP  PHOTO/Luis Acosta
sumber: AFP PHOTO/Luis Acosta

Pada tahun 2003, Kolonel Hevley sendiri hadir ke Venezuela dan menyampaikan kursus intensif selama 9 hari berturut-turut kepada kumpulan pembangkang Venezuela tentang bagaimana untuk “mengembalikan demokrasi” di negara itu. Menurut laporan tahunan AEI, pihak pembangkang parti politik, NGO, aktivis serta kumpulan pekerja antara yang hadir dalam bengkel intensif tersebut, mempelajari teknik-teknik untuk “menggulingkan seorang diktator”. Peristiwa ini berlaku setahun selepas kegagalan kumpulan yang sama dalam usaha rampasan kuasa terhadap Presiden Chaves.

Kemudian, masuk campur AEI telah mengakibatkan berlakunya pergaduhan di jalanan selama setahun, cubaan menggugat kestabilan secara berterusan serta referendum melawan Chaves. Pihak lawan akhirnya kalah 60-40, namun mereka menipu. Dakwaan yang dibuat tidak berasas. Beratus-ratus penonton antarabangsa termasuk Carter Center serta OAS, meluluskan proses tersebut sebagai jelas, sah dan bebas penipuan.

Pada Mac 2005, golongan pembangkang dan AEI menyertai angkatan tentera sekali lagi, namun kali ini parti politik serta pemimpin-pemimpin yang lama telah diganti dengan kumpulan pelajar-pelajar dan golongan belia Venezuela yang terpilih. Mereka dilatih cara-cara yang perlu dilakukan untuk proses penggulingan presiden mereka. Seiringan dengan itu, jumlah dana yang disalurkan oleh USAID dan NED kepada kumpulan-kumpulan di Venezuela meningkat naik secara mendadak, sekitar $9 juta USD. Agensi-agensi lain seperti Freedom House dan ICNC turut serta dalam usaha menjayakan pergerakan yang dibawa oleh pemuda Venezuela.

Pada tahun yang sama, pelajar-pelajar yang telah diberikan latihan memulakan pergerakan mereka seperti yang telah dirancang, namun mereka gagal kerana Chavez telah menang dalam pilihanraya tersebut. Pada tahun 2007, satu lagi siri penentangan telah dibuat sebagai respon kepada keengganan kerajaan untuk memperbaharui lesen penyiaran sebuah stesen televisyen swasta, RCTV yang mewakili suara pihak pembangkang.

Golongan pelajar ini kemudiannya turun padang dengan membawa logo mereka. Tindakan mereka turut mendapat perhatian media dan perhatian dunia. Ada di antara mereka yang dipilih oleh agensi-agensi AS dan mereka ini dihantar semula untuk mendapatkan latihan di Belgrade pada Oktober 2007.

Seorang pemimpin pelajar Yon Goicochea dianugerahkan $500,000 USD daripada pemikir Washington bersayap kanan, Cato Institute, bagi membina sebuah pusat latihan untuk pemuda-pemuda yang memihak pada pembangkang di Venezuela.

Kini, parti pembangkang terdiri daripada golongan pelajar yang sama, cuba membuktikan bukan sekadar hubungan mereka dengan politik yang lepas tetapi turut menipu dalam pergerakan yang dibawa mereka. Revolusi berwarna di Georgia dan Ukraine pula semakin lenyap. Masyarakat negara-negara tersebut kecewa dengan pihak yang merampas kuasa melalui pergerakan “autonomi” ini dan mula sedar bahawa mereka telah diperbodohkan.

Hugo Chavez's Red Revolution Machine

Color Revolution bukanlah apa-apa melainkan hanyalah satu teknik yang inovatif yang dibawa oleh agensi-agensi AS seperti USAID dalam usaha untuk mengasimilasikan agenda licik mereka ke negara-negara yang dapat memberikan kepentingan kepada AS, justeru membina empayar AS di seluruh dunia.

 

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: GlobalResearch.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rusia Mahu Ibu Pejabat PBB Dipindahkan untuk Elak Dominasi Amerika Syarikat

Next Post

Terbaru: Kadar Jenayah Bunuh di Amerika Syarikat Naik Mendadak

Related Posts
Skip to content