Washington Bertanggungjawab Atas Nahas Pesawat MH17

731872.0.mh17crashsite_featured

Seorang bekas wakil Rumah Putih telah menyatakan bahawa nahas pesawat Malaysian Airlines MH17 adalah rancangan yang telah dilakukan oleh Washington dan telah dilaksanakan dengan pertolongan kerajaan tempatan di Kiev bagi memberi implikasi buruk terhadap Rusia.

Dr. Paul Craig Roberts, yang merupakan Penolong Setiausaha Perbendaharaan sewaktu pentadbiran Reagan dan juga editor di majalah Wall Street Journal, telah membuat kenyataan tersebut sewaktu temubual bersama Press TV pada Sabtu lalu.

Pada 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777-200 telah terhempas di sebuah wilayah konflik di Ukraine, membunuh seramai 298 penumpang. Berdasarkan risikan Amerika dan wakil tentera, pesawat tersebut telah ditembak oleh sebuah roket SA-series buatan Rusia yang telah dilancarkan dari timur Ukraine.

Laporan awal yang telah dibuat oleh Belanda tahun lepas menyatakan bahawa pesawat terbabit tidak mengalami masalah teknikal beberapa saat sebelum ia terhempas di udara selepas berlanggar dengan beberapa objek di udara. Walaubagaimanapun, pihak penyiasat Belanda masih tidak mengeluarkan maklumat terperinci mengenai insiden terbabit.

Pada minggu ini, Rusia telah menggunakan kuasa vetonya ke atas Amerika Syarikat untuk menghalang sebuah draf resolusi bagi menjalankan tribunal antarabangsa dalam nahas MH17 ini, kerana bimbang dengan fakta yang akan dikemukakan itu tidak menyokong propaganda Amerika untuk membabitkan Rusia sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam nahas tersebut. Washington kini sedang menekan untuk mengadakan sebuah tribunal PBB untuk mendapatkan hasil yang mereka ingini.

“Saya percaya Washington yang bertanggungjawab. Saya tidak pasti sama ada ia sebuah keputusan rasmi kerajaan atau ia hanya sebuah keputusan tidak rasmi, bertujuan untuk memberi tekanan kepada Rusia,”kata Dr Roberts.

“Perkara ini penting bagi membantu Washington meyakinkan negara-negara Eropah untuk mengikut sekatan. Dan ia terbukti sebagai propaganda yang efektif ke atas Rusia,”tambahnya.

“Saya perasan bahawa Washington dan kerajaan di Kiev tidak mengeluarkan maklumat yang mereka ada. Kiev enggan mengeluarkan maklumat komunikasi di antara kawalan udara Ukraine dengan pesawat tersebut – kami tidak pasti sama ada pesawat itu telah bertukar arah atau sengaja ditujukan ke kawasan peperangan,”katanya lagi.

“Dan Washington yang walaupun mempunyai satelit di atas pesawat tersebut sejurus selepas musnah, enggan mengeluarkan maklumat terbabit. Hanya Rusia sahaja yang telah mengeluarkan beberapa maklumat,” nyatanya lagi.

Dr. Roberts juga berkata, “Kini kita mempunyai fakta bahawa laporan siasatan yang dijalankan oleh pihak Belanda tidak dapat dikeluarkan. Dan nampaknya Washingtonlah yang menghalang maklumat tersebut daripada dikeluarkan.”

“Washington yang sepatutnya mengeluarkan laporan, sebaliknya merancang untuk membocorkan apa yang dikatakan dalam laporan tersebut kepada media…dan pembocoran maklumat tersebut – seperti biasa – membuktikan Rusia yang bertanggungjawab,” nyatanya lagi.

Penganalisis itu juga berkata bahawa pihak penyiasat Belanda telah menafikan pembabitan Rusia sebagai dalang yang bertanggungjawab, “tetapi penafian mereka tidak mendapat perhatian sebagaimana perhatian yang diberikan kepada sebuah pertuduhan.”

“Jadi jelas sekali ia adalah sebuah mekanisme yang digunakan ke atas Rusia. Dan dengan itu ia hanya memberi manfaat yang menguntungkan kepada Washington dan rejim boneka Washington di Kiev. Oleh itu, saya pasti bahawa Washington dan Kiev bertanggungjawab dalam hal ini,” Dr Roberts merumuskan.

 

Terjemahan: Aiman Radzman

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Imbasan Kronologi Kehilangan Pesawat MH370

Next Post

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Fokus Persidangan ASEAN 2015

Related Posts
Skip to content