Menurut Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (PUSMA), Zarina Ismail, pihaknya dan beberapa agensi pekerjaan lain mengesan kewujudan banyak ‘syarikat asing’ seperti itu sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. (BH)
Dakwanya, warga Bangladesh yang mendalangi sindiket tersebut menggunakan rakyat Malaysia dan syarikat sah sebagai “wayang” untuk kaburi mata pihak berkuasa. Meskipun pemilikan mereka dalam syarikat hanya 49 peratus, hakikatnya mereka adalah pemilik sebenar syaraikat itu. (BH)
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair mendakwa 100 syarikat yang didalangi warga Bangladesh mendapat perlindungan kartel. Selain itu, beliau juga mendakwa kebanyakan syarikat itu wujud di sebuah daerah di Johor. (BH)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.