Surat Pemimpin Hamas Khaled Meshal kepada umat Islam

Ini adalah peperangan yang berbeza dari semua makna yang boleh disebut. Ia tercetus dari “kemuliaan tempat” dan kesucian dan keberkatan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, dan tercetus dari “kemuliaan hari” di 10 hari terakhir di bulan Ramadhan yang diberkati.

Kepahlawanan wanita dan lelaki kita di dalam menghadapi kebobrokan Yahudi di perkarangan Masjid Al-Aqsa dan gerbangnya telah meniupkan Ruh di dalam rakyat kita dan umat kita.

Mesej rakyat kami jelas, ia adalah perang untuk menyelamatkan bandar Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, serta menggagalkan komplot Yahudi yang mahu menyerang Masjid Al-Aqsa dan menguasainya, dan melakukan peng-yahudian Masjid Al-Aqsa, serta menghalau masyarakat islam dari Masjid Al-Aqsa dan bandar al-Quds mereka.

Gaza telah datang pada saat yang tepat, dengan kekuatannya yang sudah dikenali, pihak pejuang masuk bagi mempertahankan saudara kami di Masjid Al-Aqsa dan taman Syeikh Jarrah; untuk menegaskan bahawa peperangan kita (Gaza dan Al Quds) adalah peperangan yang sama, dan pejuang Gaza bersedia untuk berkhidmat bagi seluruh rakyat Palestin dan tanah suci. Para pejuang telah memberikan amaran kepada musuh yang menyerang al-Aqsa dan Syeikh Jarrah, dan pejuang telah menunaikan kata-katanya.

Kita telah berjuang dari dahulu lagi sehingga hari ini pada detik yang berharga ini, dengan rasa bangga terhadap kemampuan pejuang bagi menyerang balas terhadap musuh sedalam-dalamnya dan menggoncang keamanan mereka. Dan di dalam suasana yang diberkati ini, saudara-saudara kami penduduk tempatan berjaya meraih kemenangan di Gaza dan Al-Aqsa, sebagai langkah bagi memenuhi cita-cita untuk merdeka sepenuhnya, yang telah lama sebati dalam jiwa mereka.

Perang ini telah bermula di Masjid Al-Aqsa, yang pada hakikatnya telah meletakkan kita berhadapan dengan jalan yang tepat, ia adalah pusat pertembungan dan perjuangan secara keseluruhannya; untuk memerdekakan tanah air dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa serta tanah suci, serta menamatkan kepungan, mengembalikan para pelarian, membebaskan tawanan dan meraih kedaulatan dan kebebasan. Oleh kerana itu, ia adalah peperangan kita semua, dan tidak boleh tidak, semua pihak perlu sertainya di dalam posisi masing-masing.

Wahai ahli keluarga kami di Gaza! Anda adalah kemuliaan kami. Teguhlah, kami semua bersama kamu. Umatmu (umat Islam) bersama kamu. Anda adalah kebanggaan, sesungguhnya kemenangan itu datang dengan kesabaran.

Wahai ahli keluarga kami di Kawasan yang terjajah! Teruskan peperangan dan kebangkitan, marah dan lawan! kamu adalah pemilik tanah yang hakiki. Para zionis telah menceroboh tanah air, mereka mesti pergi tinggalkan tanah yang mereka ceroboh.

Wahai ahli keluarga kami di Tebing Barat, yang merupakan Tebing al-Qassam dan al-Ayyash, inilah masa untuk memulakan intifadhah (kebangkitan) yang hakiki bagi membungkam penjajah dan meraih kemenangan bagi al-Quds dan Masjid al-Aqsa dan tanah air. Bantulah Gaza dalam memulakan perang besar untuk kemerdekaan dan kemenangan, dan untuk kembalikan pelarian ke tanah air. Ya, kami tahu di sana ada halangan dan cabaran dari sudut keselamatan, akan tetapi bangkit lawanlah ke atas mereka, ini adalah peranan dan taqdir anda, dan kita tidak sesekali mengalah dengan halangan yang ada dan kita tidak akan menerima sesiapa sahaja untuk menghalang kita daripada melakukan tugas ini.

Wahai ahli keluarga kami di al-Quds, anda berada di tengah jantung peperangan serta pusat peristiwa dan keberkatan ini, teruskan Gerakan dan jihad kamu mempertahankan al-Quds. Allah telah memilih kamu untuk menduduki kiblat pertama kaum muslimin dan tempat Isra’ dan Mikraj.

Wahai ahli keluarga kami di perkhemahan dan di luar, bantulah saudara-saudara kamu, anda adalah sekutu dalam peperangan ini di setiap tempat kamu yang berbeza-beza, dengan segala jenis dan bentuk bantuan serta usaha, semua terbuka tanpa terikat, sesuai dengan keadaan, tempat dan masa kamu. Bumi israk mikraj adalah perjuangan kamu, dan ini adalah Masjid al-Aqsa kamu, kemuliaan dan maruah kamu.

Untuk para ulama, masyarakat, gerakan-gerakan, ketenteraan dan kerajaan-kerajaan. Tindak balas kamu yang sedikit itu tidak cukup, kami perlukan lebih. Ketika mana anda perjuangkan isu ini, anda sebenarnya berusaha dan pertahankan diri kamu sendiri dan bukan sahaja pertahankan umat kamu, kerana ia memang kewajipan kamu. Orang orang merdeka di seluruh dunia tidak pernah melupakan rakyat Palestin. Sungguh mereka telah meletus, bangkit, melawan, dan membuka jalan yang kuat ke arah memerdekakan Masjid Al-Aqsa dan mengembalikan tanah yang dirampas.

Diterjemah oleh : Zaid Zainurrashid

2 comments
  1. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar ! ya Allah, hancurkan semua musuh umat islam, lenyapkan mereka yang memandang rendah kebesaran mu , kekuasaan mu serta mereka yang memandang hina akan agama suci mu. Angkat lah , masukkan lah mereka ke syurga agung mu yang jihad demi mempertahankan maruah , harta dan kemuliaan yang telah kau kurniakan kepada kami ( umat Islam ) .

  2. Allahuakbar!!! Kemenangan islam semakin dekat, yakinlah wahai saudara seislam sekalian!!!! Fikirkan di mana kita berada dalam kemenangan islam! Jangan sampai kita sekadar memerhati dari tepi!!! Marilah kita bangkit bersama!!! Islam akan menang dengan kebangkitan ummatNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel rancang 3 Pelan baharu ‘Genosid’ Hapus penduduk Palestin di baitulmaqdis

Next Post

GAZA CONFLICT-Why not describe it as plain murder?

Related Posts
Skip to content