30 kubur di laluan perdagangan haram manusia.

thailand2

 

SELATAN THAILAND, 1 MEI – Pihak polis Thailand telah menemui sekurang-kurangnya 30 kubur bertanda yang dipercayai mengandungi mayat rakyat Myanmar dan Bangladesh di kawasan hutan terpencil di negara tersebut yang merupakan kem perdagangan dan penyeludupan manusia yang telah lama terbiar.

Perkuburan tersebut adalah yang pertama ditemui di negara itu. Identiti mayat masih dalam siasatan selepas penggalian semula dilaksanakan oleh pihak polis. Kemungkinan besar, mayat-mayat tersebut merupakan pendatang haram; majoriti daripadanya adalah orang Islam Rohingya yang berasal dari barat Myanmar dan Bangladesh yang berjaya melepaskan diri melalui jalan laut untuk sampai ke Thailand dan Malaysia yang merupakan pusat perdagangan manusia di Rantau Asia Tenggara.

Sehingga setakat ini 4 kubur sudah digali semula dan 2 mayat ditemui tidak ditanam; yang sudah reput, ditinggalkan di bawah khemah.

Pihak polis dan penyelamat, setelah dimaklumkan tentang perkara ini secara rahsia oleh penduduk tempatan dihantar ke Pergunungan Padang Besar, di daerah Songkhla. Mereka menemui 27 kubur bertandakan buluh dan seorang pelarian yang masih hidup berjaya diselamatkan; telah dihantar ke hospital di Padang Besar.

Penemuan tersebut merungkai rahsia kekejaman perdagangan manusia, dan beratus-ratus mangsa dipercayai terkorban di laut dan kawasan kem. Setiap tahun, terdapat beribu-ribu bot yang membawa masuk rakyat Rohingya dan Bangladesh bagi mencari pekerjaan, dibawa masuk secara haram ke Thailand berikutan penganiayaan agama dan etnik di kedua-dua negara tersebut.

Oleh: Nureen Fatin Syafiqa Adnan

Sumber : Al Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ibu Tumpangan yang Disisihkan Israel

Next Post

Nigeria Berjaya Membebaskan Wanita dan Kanak-kanak Dari Boko Haram

Related Posts
Skip to content