6 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dibunuh

 

Gambar menunjukkan aktivis membantu mangsa serangan selepas solat sunat Eidul Fitri yang berlaku Jumaat ini. (Sumber: PressTV)
Gambar menunjukkan aktivis membantu mangsa serangan selepas solat sunat Eidul Fitri yang berlaku Jumaat ini. (Sumber: PressTV)

Di Mesir,  enam orang penyokong Ikhwanul Muslimin telah dibunuh dan tujuh orang lagi tercedera selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas para penunjuk perasaan anti-kerajaan seusai solat sunat Aidilfitri, menandakan berakhirnya Ramadan, menurut laporan Press TV.

Jumaat lalu, pihak polis Mesir telah menyerang penunjuk perasaan yang telah berkumpul selepas solat sunat Aidilfitri daripada pelbagai kawasan di negara tersebut, menyebabkan enam orang terbunuh di seluruh bandar Giza.

Pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Khaled al-Weshahy yang mengesahkan kematian, memberitahu kesemua mangsa telah dihantar ke hospital-hospital di Giza.

Pihak polis telah melepaskan beberapa tembakan di bandar-bandar, termasuklah Kaherah, Al-Sharqia, Fayoum dan Bani Suef, bagi mengawal rusuhan yang dicetuskan oleh para penunjuk perasaan.

Pada masa yang sama, pegawai keselamatan telah menyerang kumpulan demonstrasi di kejiranan Hanoville, Alexandria seusai solat sunat Aidilfitri.

Penunjuk perasaan yang terlibat telah berjaya ditahan.

Demonstrasi tercetus setelah penyokong bekas presiden Ikhwanul Muslimin (IM) yang digulingkan, Mohamed Morsi, mendengar khutbah Aidilfitiri yang menyeru supaya rakyat Mesir menyelamatkan negara tersebut daripada “penindas kejam”, yang sedang menguasai negara berkenaan.

Morsi, merupakan presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokrasi, telah digulingkan pada 2103 oleh junta tentera pimpinan Abdel Fattah el-Sisi, bekas ketua angkatan tentera dan presiden Mesir hari ini. Mesir telah menjadi arena protes sejak daripada kejadian berkenaan.

Pada bulan lepas, Morsi telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, bersama-sama 130 orang defendan lain yang dituduh dalam percubaan membebaskan diri daripada tahanan pada tahun 2011 sebelum presiden Hosni Mubarak digulingkan daripada tampuk pimpinan beliau.

Sebahagian besar ketua IM dan ahli-ahli IM turut sama dipenjarakan atas tuduhan yang sama mahupun berbeza. Penindasan Mesir ke atas IM dan para penyokongnya telah mendapat kutukan dan kecaman daripada pelbagai organisasi hak asasi manusia antarabangsa.

 

Nureen Adnan

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

3 Perkembangan Terbaru Palestin

Next Post

Bukti Pengaruh Kuat Israel Terhadap Ahli Politik Amerika Syarikat

Related Posts
Skip to content