3 Perkembangan Terbaru Palestin

1. Israel Bina Hotel dan Pusat Beli Belah Di Perkuburan Islam

israel-mall-jpg20150713193105

Israel telah meluluskan rangka kerja untuk membina sebuah penempatan di atas tinggalan perkuburan Islam di Barat Jerusalem, menurut laporan warta harian Israel, Haaretz, pada Isnin lalu.

Jawantankuasa Perancangan dan Pembangunan Daerah Jerusalem telah meluluskan permohonan pembinaan 192 unit rumah, sebuah hotel berkapasiti 480 buah bilik dan sebuah pusat membeli-belah di atas tinggalan sejarah perkuburan Islam yang sama.

Menurut pihak berkuasa sejarah purba Israel, kubur-kubur dan rangka manusia telah ditemui di kawasan perkuburan berkenaan. Sebuah gerakan NGO Palestin, Al-Aqsa Foundation for Endowment and Heritage mengutuk serta membantah cadangan projek tersebut.

Sebuah kenyataan daripada NGO itu memberitahu Israel telah meneruskan usaha Judaisasi perkuburan bersejarah Mamilla di Jerusalem sejak bertahun-tahun lamanya. Tapak perkuburan tersebut akan tetap menjadi sebahagian daripada warisan Islam meskipun Israel meneruskan usaha tanpa henti mereka menukar sejarah Arab dan Islam Jerusalem.

Israel telah menduduki Timur Jerusalem dan Tebing Barat semenjak Perang Timur Tengah 1967. Jerusalem kemudiannya  telah dirampas dan diambil alih pada tahun 1980, selepas Israel mengumumkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel yang tidak pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pertubuhan Hak Asasi di Israel telah berjaya membongkar kegiatan Jabatan Air Israel yang telah mengenakan bayaran bagi tujuan penakungan air daripada rumah-rumah ‘tidak berlesen’; termasuklah rumah yang tidak dihubungkan melalui sistem perairan berkenaan. Rumah-rumah yang langsung tidak menggunakan air turut dikenakan bayaran menurut sistem yang baru diperkenalkan itu.

 

2. Israel punca krisis air

Bayaran tertakluk kepada jumlah air yang digunakan oleh keseluruhan kawasan kejiranan, kemudian dibahagikan dalam kalangan penduduk Palestin yang menetap di perkampungan di balik Dinding Pemisah..

Pertubuhan yang sama turut memberitahu krisis air di kejiranan di belakang tembok pemisah itu adalah disebabkan oleh bekalan air yang dipotong secara berterusan, kadangkala berlanjutan selama tiga minggu. Jabatan Air Israel membiarkan komuniti Palestin di situ tidak bernama, dan menggelar mereka sebagai ‘kawasan tidak berlesen’; yang mungkin turut melibatkan kejiranan Arab yang lainnya.

Menurut polisi ini, Jabatan Air Israel gagal menyediakan ‘air yang cukup yang menetapi ukuran kualiti standard’ kepada penduduk-penduduk Arab di kawasan perkampungan berkenaan. Israel juga menggunakan cara yang ‘tidak sah dan sewenang-wenang’ dalam menentukan bayaran dan urusan kutipan wang.

Pertubuhan berkenaan menegaskan bahawa kegiatan Israel bakal mengancam puluhan daripada ribuan warganegara Arab di Jerusalem, khususnya. Mereka menuduh Jabatan Air Israel melanggar undang-undang kerana tidak menjalankan kerja yang sepatutnya dalam menyediakan air yang selamat untuk diminum dengan cukup.

 

3. Pendatang haram Yahudi potong dan bakar pokok zaitun

Buah zaitun adalah hasil pertanian utama penduduk Palestin (Sumber: MEM)
Buah zaitun adalah hasil pertanian utama penduduk Palestin (Sumber: MEM)

’Pendatang’ Yahudi di Palestin telah melancarkan serangan ke atas tanah Palestin dan padang yang dipenuhi pohon zaitun di Bethlehem pada Sabtu lalu.

Menurut sumber di kaunsel tempatan di sebuah perkampungan di Nahhalin, di barat daya Bethlehem, sekumpulan ‘pendatang’ haram Yahudi memotong dan membakar pohon-pohon zaitun di sana. Pohon-pohon zaitun itu ditanam oleh penduduk Palestin yang menetap di perkampungan Nahhalin dan Jab’ah.

Quds Press melaporkan pada hari Ahad, kebakaran tersebut telah memusnahkan sebahagian besar tanah pertanian berkenaan. Jumlah kerugian sebenar yang dihadapi oleh petani-petani tempatan masih belum dikira.

 

Nureen Adnan

Sumber: Anadolu Agency, MEM [1][2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

1 Daripada 4 Gadis Diseksa Secara Seksual di Amerika Syarikat

Next Post

6 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dibunuh

Related Posts
Skip to content