Bukti Pengaruh Kuat Israel Terhadap Ahli Politik Amerika Syarikat

convention_banner

“Sekiranya kamu mencabar keselamatan Israel, kamu juga mencabar keselamatan Amerika. Mudah dan ringkas.” Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Hillary Clinton yang merupakan salah seorang calon pilihan raya Amerika bagi tahun 2016. Dalam kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa Clinton tampil memberikan sokongan padu terhadap Israel, dengan menyatakan sekiranya apa-apa yang berlaku yang melibatkan Israel akan turut sama melibatkan Amerika Syarikat.

Dalam laman web yang digunakan Clinton untuk berkempen, terdapat banyak perubahan dalam pelbagai perkara. Namun apabila berkaitan isu Palestin, beliau tidak menunjukkan sebarang sokongan kerana beliau memilih untuk berpihak kepada Israel. Sebagai contoh, awal minggu ini, Clinton telah berikrar dalam sepucuk surat kepada seorang penyumbang dana bahawa beliau akan sekeras-kerasnya menentang gerakan yang memboikot Israel. Menurut Haaretz, “Clinton kini lebih berhaluan kiri dalam banyak perkara kecuali perkara berkaitan Israel.”

Selain Clinton, terdapat ramai lagi ahli politik menggunakan kaedah yang sama iaitu dengan meletakkan nama Israel sebagai keutamaan mereka bagi memperoleh dana daripada kumpulan pelobi Zionis. Senator Ted Cruz yang merupakan calon Parti Republikan adalah antara calon yang menunjukkan sokongan padu terhadap Israel bagi menarik perhatian kumpulan tersebut.

Berbeza dengan Clinton, Sen. Cruz menyuarakan pendapatnya untuk menarik diri daripada menjadi sebahagian daripada ahli Lembaga Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) setelah pihak UNHRC mengkritik tindakan Israel yang menyerang Gaza pada musim panas yang lepas.

Pada 8 Julai, 2014 yang lalu, Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza sehingga mengorbankan 2,140 orang penduduk Palestin di mana satu per tiga daripadanya adalah kanak-kanak, sedangkan di pihak Israel, hanya seramai 67 orang tentera dan 6 orang penduduk awam yang terkorban.

Ujar beliau lagi, “Inilah masanya untuk kita menarik semula kuasa yang ada pada UNHRC dan mendedahkan perkara yang sebenar tentang institusi yang ternyata berat sebelah dan bersifat anti-Semitik ini.” Kenyataan tegas ini jelas sekali membuktikan Sen. Cruz memihak sepenuhnya kepada Israel.

Menyentuh soal berkenaan kumpulan pelobi Zionis, salah satu daripada mereka adalah Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel, atau lebih dikenali sebagai American-Israeli Public Affairs Committee (AIPAC). AIPAC adalah badan yang yang bekerja 24 jam bagi menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan isu semasa dari Timur Tengah. Mereka mensasarkan ahli-ahli politik yang yang telah terpilih dalam pilihan raya, yang mana golongan ini sangat memerlukan sokongan daripada kumpulan yang berpengaruh seperti AIPAC untuk terus bertahan dalam kedudukan mereka.

Perjumpaan pertama yang berlaku antara ahli Kongres serta delegasi daripada AIPAC secara dasarnya hanyalah sekadar ingin menyampaikan ucapan tahniah buat calon-calon yang terpilih dan mereka juga menyatakan kesediaan mereka untuk menyalurkan maklumat berkenaan isu Timur Tengah. Kemudian, selepas perjumpaan yang kedua, AIPAC akan terus mengingatkan ahli-ahli Kongres ini bahawa mereka akan sentiasa ada sebagai sumber maklumat. Pada perjumpaan yang seterusnya, AIPAC memulakan umpannya dengan memberikan dana kepada ahli Kongres yang terlibat tanpa pengetahuan orang lain. Dana yang disampaikan bukan sahaja terhad untuk kepentingan ahli Kongres tersebut, malah turut ditawarkan kepada ahli keluarga mereka.

Siapa sangka di sebalik kemenangan calon-calon pilihan raya ini terdapat pihak yang menjadi tulang belakang mereka untuk terus tetap dengan kedudukan mereka sebagai ahli Kongres. Maka tidak hairanlah jika ada di antara calon yang sanggup berpaling dari kebenaran semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan seperti AIPAC dengan menyatakan kesungguhan mereka dalam mempertahankan Israel.

 

Diterjemah oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: GlobalResearch, PressTV, Mondoweiss

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

6 Penyokong Ikhwanul Muslimin Dibunuh

Next Post

Tindakan Thailand Menghantar Semula Muslim Uighur Dikecam

Related Posts