NATO Rancang Untuk Berkembang ke Luar Eropah, Cari Jalan Tengah Libatkan Negara Indo-Pasifik dalam NATO

Penyertaan Jepun, Australia, New Zealand, dan Korea Selatan dalam sidang kemuncak NATO sejak permulaan perang Russia-Ukraine pada 2022 melambangkan keseriusan NATO dalam mengembangkan pakatannya ke Indo-Pasifik. Keputusan untuk menyertai NATO secara lebih kerap dan rasmi dikatakan sudah menjadi pertimbangan sebahagian negara Indo-Pasifik itu. Meskipun Russia merupakan fokus utama NATO ketika ini, perkembangan China dan sokongan ketenteraanya kepada Russia dikatakan menjadi punca NATO ingin meluaskan capaiannya ke Indo-Pasifik. – (SCMP)

Michael Carpenter, pengarah kanan Eropah di Majlis Keselamatan Amerika Syarikat mengakui kepentingan untuk mengembangkan senarai rakan kongsi NATO di Indo Pasifik. Menurutnya, pada permulaan, NATO dan rakan kongsi boleh bekerjasama dalam keselamatan siber, memerangi maklumat salah, dan membina pangkalan industri pertahanan bersama. Sementara itu, rakan kongsi seperti Jepun dan Korea Selatan sudah menunjukkan komitmen dengan menghantar bekalan dan bantuan ketenteraan ke Ukraine. Hubungan NATO dan rakan kongsi dijangka akan menekan China, Rusia, Korea Utara dan Iran. – (SCMP, Abc News)

Manakala, bekas komander NATO, James Stavridis berkata NATO sepatutnya mempertimbangkan untuk meluaskan keahliannya merangkumi negara Asia Tenggara seperti Singapura, Filipina, dan Thailand ke dalam pakatan itu. Cadangnya, susunan pakatan boleh dibuat dalam bentuk jaminan keselamatan yang dinyatakan dengan jelas dan pemerolehan bersama sistem senjata canggih. – (SCMP)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat Serah Tiga Pesawat Perisikan Kepada Malaysia dalam Usaha Tingkatkan Akses dan Pengaruhnya di Laut China Selatan

Next Post

Filipina Lakukan Tuntutan Rasmi ke Atas Sabah, Malaysia Hantar Nota Bantahan Kepada PBB

Related Posts

RADAR EDISI 101

[membership level=”1″] RADAR EDISI 10130 Dis 2019 -DALAM NEGARA- Hubungan antarabangsa 1. Kesatuan rumpun Melayu Nusantara diperkukuhkan melalui…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content