Filipina Lakukan Tuntutan Rasmi ke Atas Sabah, Malaysia Hantar Nota Bantahan Kepada PBB

Filipina memfailkan tuntutan rasmi untuk memanjangkan pelantar benuanya di wilayah Palawan Barat di Laut China Selatan kepada suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut Datuk Seri Mohamad Hasan, tuntutan yang dikemukan Filipina itu dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah, oleh itu mengundang bantahan daripada kerajaan Malaysia. – (SCMP, Astro Awani)

Susulan daripada itu, Malaysia dilaporkan menyerahkan nota diplomatik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai protes. Dalam pada itu, Malaysia melihat mahkamah antarabangsa sebagai pentas utama kepada penyelesaian isu ini. -( SCMP, The Edge)

Terdahulu, pada 2012, Filipina berjaya mendapat pengiktirafan PBB untuk memperluaskan pelantar benuanya, seterusnya menjadikan Benham Rise sebahagian daripada kawasan Filipina. Pengiktirafan ini menyebabkan nama Benham Rise ditukar menjadi Philippine Rise. – (Reuters), Philchm)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

NATO Rancang Untuk Berkembang ke Luar Eropah, Cari Jalan Tengah Libatkan Negara Indo-Pasifik dalam NATO

Next Post

Ukraine terima bantuan keselamatan jangka panjang termasuk jet pejuang F-16 daripada NATO

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content