Kerajaan rancang pembangunan Bandar Pintar dengan Huawei, langkah inovasi teknologi namun berisiko kepada keselamatan data awam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa meneroka potensi kerjasama dengan Huawei untuk pembangunan bandar pintar di Putrajaya, Labuan, dan Kuala Lumpur yang bakal menggunakan infrastruktur awan Huawei.

Katanya, “semasa lawatan ke Huawei Enterprise Business Von Neumann Exhibition Hall, saya ditunjukkan bagaimana teknologi Huawei digunakan dalam pelbagai industri di seluruh dunia termasuk bandar pintar, pusat data awan, perkhidmatan awam, lapangan terbang pintar, inovasi bandar, perlombongan dan juga penyelesaian untuk sektor minyak dan gas.” – The Edge

Tambah beliau, “saya juga ditunjukkan bagaimana satu platform beroperasi sebagai ‘otak’ yang memberikan satu ‘bird-eye’s view’ kepada kerajaan yang akhirnya boleh diperincikan kepada ‘data driven centralised decision making’.” – The Edge

Semasa lawatan enam hari ke China, Dr Zaliha turut mengadakan lawatan ke Shenzhen dan Shanghai, di mana kedua-dua bandar tersebut membangunkan bandar pintar yang dikuasakan oleh inovasi Huawei. – FMT

Berdasarkan projek bandar pintar Huawei di Longgang, Shenzhen, Huawei menerapkan konsep ‘seni bina 5+’ (yang merangkumi titik akhir, rangkaian, perpustakaan, peta, dan awan). Konsep ini menghimpunkan pelbagai sumber data bagi membina pangkalan data bersatu untuk Longgang, yang kemudian dihubungkan dengan sumber sedia ada di seluruh bandar Shenzhen. – Huawei

Sementara itu, menurut Dr Zaliha, Shanghai juga telah melaksanakan sistem pengurusan grid bandar yang terperinci, di mana bandar dibahagikan kepada kawasan kecil dan dipantau menggunakan teknologi CCTV, sensor, serta pangkalan data awam. – Bernama

Katanya, setiap elemen infrastruktur bandar, daripada pokok hingga lampu jalan, diberikan kod unik bagi memudahkan pemantauan dan pengurusan. Tambahan pula, penguatkuasaan dijalankan dengan ketepatan sehingga 90%, menggunakan CCTV dan rondaan mudah alih yang mengesan kesalahan secara automatik. – Zaliha

Setakat 2017, inisiatif bandar pintar Huawei telah memberi perkhidmatan kepada lebih 100 bandar di lebih 40 negara di seluruh dunia. – Huawei

Inisiatif bandar pintar Huawei menggunakan platform awan sebagai medium utama untuk menghimpunkan data meliputi maklumat penduduk, perumahan, penunjuk ekonomi, geografi dan lain-lain ke dalam pangkalan data bersatu. – Huawei, Huawei

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU Mufti dibaca kali ke-3, terima tentangan kumpulan Liberal & Kristian

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content