Anak Syarikat Pemprosesan Makanan Dapat Kontrak RM10 Juta dari Axiata

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Anak syarikat HB Global Limited (HB Global) Forward Resources and Construction Sdn Bhd (FRC) telah menerima projek bernilai RM10 juta daripada anak syarikat Axiata Group Bhd On Site Services Sdn Bhd untuk pembekalan, penyediaan, pemasangan dan perkhidmatan kerja-kerja pelaksaanaan fiber siap guna sepenuhnya.

HB Global dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan, penetapan tarikh mula projek itu akan ditentukan kemudian.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif HB Global, Lee Ping Wei dalam satu kenyataan berkata syarikat itu komited untuk menyokong inisiatif kerajaan yang disasarkan untuk meningkatkan lliputan jalur lebar dan kelajuan sambungan yang lebih pantas.

“Satu lagi perolehan kontrak dalam tempoh dua bulan ini adalah bukti menunjukkan prestasi kami dapat menyelesaikan projek tepat pada waktunya, serta perkongsian lama dan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi yang utama,” tambahnya.

FRC pada bulan Jun tahun ini telah diberikan dua projek, masing-masing bernilai RM370 juta dan RM701 juta, bagi kerja-kerja pelaksanaan 5G di seluruh Malaysia.

Sebuah syarikat pemprosesan makanan, HB Global telah selesai proses pengambilalihan 60 peratus saham FRC pada akhir bulan Jun dan berjaya mempelbagaikan perniagaannya dalam penyediaan perkhidmatan penyelesaian pembinaan dan kejuruteraan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

COVID 19, Pendidikan Norma Baharu dan Pembentukan Generasi

Next Post

Latihan Tentera Laut Malaysia dan UK, persiapan hadapi perang di Laut China Selatan?

Related Posts
Skip to content