Dua akta maritim baharu Filipina langgar sempadan negara, perkukuh tuntutannya terhadap perairan Sabah

Filipina mengukuhkan tuntutannya ke atas perairan Sabah menerusi dua akta maritim baharu yang menyediakan asas undang-undang yang kukuh bagi Filipina untuk menuntut hak kedaulatan dan bidang kuasa ke atas sumber marin dan lautan sekitarnya di Laut China Selatan.

Pada 8 November, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menandatangani dua undang-undang baharu, Akta Zon Maritim Filipina (RA 12064) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (RA 12065) yang mentakrifkan zon maritim FIlipina dan laluan laut. – Bharian

Menurut penggubal dan penaja bersama dua akta ini, Senator Loren Legarda, Akta Zon Maritim Filipina (PMZA) dengan jelas menetapkan zon-zon maritim negara seperti perairan dalaman, perairan kepulauan, laut wilayah, zon bersebelahan, zon ekonomi eksklusif (EEZ), dan pelantar benua—menyediakan asas undang-undang yang kukuh bagi Filipina untuk menuntut hak kedaulatan dan bidang kuasa ke atas sumber marin dan lautan sekitarnya. – Senate.PH

Tambah beliau, undang-undang ini, dengan memperkukuh sempadan maritim, membolehkan negara menguruskan sumbernya dan menghadapi pertikaian maritim serantau dengan suara yang jelas dan bersatu. – Senate.PH

Terdahulu, pada 10 Julai, Filipina memfailkan tuntutan rasmi untuk memanjangkan pelantar benuanya di wilayah Palawan Barat di Laut China Selatan kepada suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bagaimanapun,  tuntutan yang dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah itu menerima bantahan daripada kerajaan Malaysia. – Fokus

Dalam siaran akhbarnya semalam, Loren turut menjelaskan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (Akta ASL) pula menetapkan laluan laut khusus bagi laluan pantas dan berterusan kapal asing melalui perairan Filipina. – Senate.PH

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee berkata akta ini bertujuan bertujuan mengawal selia laluan laut di Selat Balabak yang bersempadan dengan Kudat dan Pulau Banggi di utara Sabah serta kawasan maritim Laut Sulawesi atau Laut Sulu di Pantai Timur Sabah. – Bharian

Menurut agensi berita Filipina, Rappler, laluan-laluan tersebut termasuk:

1. Laut Filipina – Selat Balintang – Laut Filipina Barat.
2. Laut Celebes – Laluan Sibutu – Laut Sulu – Laluan Timur Cuyo – Selat Mindoro – Laut Filipina Barat.
3. Laut Celebes – Selat Basilan – Laut Sulu – Saluran Nasubata – Selat Balabac – Laut Filipina Barat.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Industri lebih utamakan profesional asing, profesional tempatan terpaksa berhijrah ke luar negara

Next Post

Implikasi Pelantikan Semula Trump Sebagai Presiden Kepada Timur Tengah dan Asia Tenggara

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content