Mahkamah Persekutuan Batal Sebahagian Fatwa Sesat Terhadap SIS, Buka Ruang Fatwa Negeri Lain Dicabar

Kemenangan Sisters in Islam (SIS) dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan fatwa yang mengisytiharkannya sesat dan menyeleweng mencetuskan kebimbangan mengenai kesan terhadap autoriti institusi fatwa negeri.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini membenarkan rayuan akhir oleh SIS Forum (Malaysia) dan dua pihak lain, sekali gus membatalkan sebahagian kandungan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 2014.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin memberi amaran bahawa keputusan berpihak kepada SIS Forum berisiko membuka laluan kepada cabaran terhadap mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri. Ini kerana keputusan tersebut menegaskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk menyemak fatwa negeri jika ia melangkaui kuasa perundangan negeri atau melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan. – Sinar Harian

Beliau berkata, kes ini bukan sahaja memberi implikasi kepada Selangor, malah berpotensi menjejaskan negeri-negeri lain memandangkan SIS turut beroperasi di luar Selangor termasuk di Wilayah Persekutuan. – Sinar Harian

Fatwa Selangor yang dikeluarkan pada tahun 2014 mengandungi empat perenggan, antaranya menyatakan: – Mufti Selangor

1. SIS Forum (Malaysia) serta mana-mana individu, organisasi atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama dianggap sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

2. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas

3. SKMM hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak

4. Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisema agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam

Kini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perenggan pertama hanya sah untuk bahagian yang merujuk kepada individu (yang bermakna bahagian yang merujuk kepada SIS Forum, organisasi dan institusi tidak lagi sah), manakala perenggan kedua dan ketiga adalah tidak sah. Perenggan keempat pula kekal sah. – MalayMail

Pada 21 Ogos 2023, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada SIS Forum dan pengasasnya, Zainah Mahfoozah Anwar untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan fatwa tersebut. – Sinar Harian

SIS Forum dan Zainah mengemukakan rayuan selepas gagal dalam usaha di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan fatwa tersebut pada 27 Ogos 2019. – Sinar Harian

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konflik Israel-Iran: Matlamat Sebenar di Sebalik Perang

Next Post

Penutupan Selat Hormuz Bakal Jejas Bekalan Minyak Malaysia, Petronas Dijangka Raih Manfaat Eksport

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.