AirTrunk Bakal Jual Pusat Data Bernilai $2B di Johor, Susulan Ketidaktentuan Pasaran saham AI

AirTrunk dilaporkan beralih kepada dana pencen tempatan, Kumpulan Persaraan Diperbadankan (KWAP) bagi jualan terus aset pusat data JHB1 di Johor bernilai US$2 bilion, selepas menangguhkan IPO REIT US$1.5 bilion di Singapura susulan ketidaktentuan pasaran saham AI.

Kejatuhan pasaran saham dan peningkatan kadar faedah menguji lonjakan pasaran pusat data AI.

Pengendali pusat data hiperskala AirTrunk yang dimiliki Blackstone baru-baru ini menangguhkan penyenaraian amanah pelaburan hartanah (REIT) di Singapura susulan ketidaktentuan pasaran saham berkaitan AI. – The Edge

Penyenaraian yang pada asalnya dirancang pada September atau Oktober itu dijangka mengumpul dana sebanyak AS$1.5 bilion. – The Edge

Selain AirTrunk, Firmus Grid yang disokong Nvidia dan SB Energy yang disokong SoftBank turut membatalkan atau menangguhkan hasrat penyenaraian awam (IPO) mereka susulan kebimbangan pelabur. – Reuters

Perkembangan ini berlaku ketika pelabur menilai semula keupayaan syarikat pembangunan infrastruktur AI menjana pulangan yang setimpal dengan peningkatan kos pengkomputeran, tanah dan tenaga. – Reuters

Ketidaktentuan pasaran saham mendorong AirTrunk beralih kepada strategi penjualan aset pusat datanya sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan modal.

Menurut laporan Australian Financial Review (AFR), AirTrunk telah mengarahkan Citi dan CIMB untuk mencari pembeli berpotensi bagi pusat data pertamanya di Malaysia, JHB1. – W.Media

Antara pembeli berpotensi berkenaan merangkumi KWAP dan beberapa dana persaraan (superannuation) Australia, yang sebelum ini telah melabur dalam pusat data di seluruh dunia dari Amerika Syarikat hingga ke Eropah. – W.Media, W.Media

JHB1 merupakan pusat data hiperskala berkapasiti 150 megawatt dan berkeluasan 21,900 meter persegi yang terletak di Johor Bahru, Malaysia. – AirTrunk

Pusat data yang beroperasi sejak 2024 itu kini menempatkan beberapa pelanggan berporfil tinggi, termasuk syarikat induk TikTok, ByteDance. – W.Media

Langkah tersebut menyusul selepas fasiliti AirTrunk di Johor itu meraih pinjaman skala besar daripada International Finance Corporation (IFC), sekali gus menjadikannya antara pembiayaan pusat data terbesar di Asia.

Pada Julai 2026, AirTrunk telah memperoleh pembiayaan hijau bernilai AS$2.325 bilion (RM9.5 bilion) di bawah Rangka Kerja Pembiayaan Hijau miliknya bagi menyokong pembangunan mampan kampus pusat data hiperskala (hyperscale) JHB2 di Johor Bahru. – AirTrunk

Urus niaga ini menandakan pembiayaan pertama AirTrunk daripada International Finance Corporation (IFC) — ahli Kumpulan Bank Dunia. – AirTrunk

Pada bulan sama, IFC juga dilaporkan telah meluluskan pakej pembiayaan sehingga AS$175 juta bagi menyokong pembangunan fasiliti JHB1 (150MW) dan JHB2 (270MW). – Economic Times

Blackstone, gergasi ekuiti swasta global, mengambil alih AirTrunk pada nilai AS$16.1 bilion pada September 2024, sekali gus mencatat pengambilalihan terbesar dalam sejarah industri pusat data ketika itu. – W.Media

Blackstone merupakan pengurus aset alternatif terkemuka Amerika Syarikat dengan nilai dana yang diuruskan mencecah AS$1.3 trilion. – W.Media

Disediakan oleh: Knowledge Management Center (KMC), IRIS Institute

_ _ _ _ _

RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan di ruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia Didorong Pembiayaan Hutang, Kapasiti Bank Semakin Terhad

Next Post

Malaysia Luluskan Eksport Pertama Nadir Bumi ke AS, Perkukuh Rantaian Bekalan Pertahanan Washington

Related Posts

RADAR EDISI 88

[membership level=”1″] RADAR EDISI 8828 Okt 2019 -DALAM NEGARA- Ekonomi 1. Malaysia bergantung kepada makanan luar, bil Import…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000