Realiti Penindasan Umat Islam: Larangan Bertudung (bahagian 3)

Penyokong Samantha membuat protes di hadapan Mahkamah Tinggi AS
Penyokong Samantha membuat protes di hadapan Mahkamah Tinggi AS

1) Amerika Syarikat; gedung pakaian mendiskriminasi pekerja bertudung

Di Oklahoma, Amerika Syarikat, Samantha Elauf, telah dinafikan hak pekerjaan sebagai jurujual di gedung pakaian Abercrombie & Fitch Co. di Tulsa kerana memakai tudung kepala, pada tahun 2008 ketika berusia 17 tahun. Penafian hak pekerjaannya telah mendapat sokongan penganut Nasrani, Yahudi, Sikh dan umat Islam yang bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (AS). Peguam yang mewakili Elauf memberitahu bahawa seorang pekerja tidak perlu meminta kemudahan beragama untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta Hak-hak Awam 1964, yang mengharamkan diskriminasi pengambilan pekerjaan berdasarkan kepercayaan agama.

Syarikat berkenaan menafikan hak pekerjaan ke atas Elauf kerana pemakaian tudung yang dipercayai mencabuli “polisi rupa” untuk para pekerja bahagian jualan mereka. Seorang hakim daerah persekutuan menyebelahi Elauf, tetapi pada Oktober 2013, menurut Mahkamah Permohonan AS, Elauf perlu mendapatkan perlindungan beragama tersebut.

Dalam sebuah permohonan yang lain, jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika dan organisasi Islam yang lain menyebut tentang isu “diskriminasi pengambilan pekerjaan yang meluas” terhadap umat Islam. Dalam kes ini, syarikat Abercrombie bakal berdepan dengan tuntutan mahkamah yang lain termasuklah persetujuan bayaran pampasan sebanyak 40 juta USD kepada beberapa ribu golongan minoriti dan plaintif atas tuduhan diskriminasi pekerjaan.

2875955

2) Wanita Muslim di German mendapat pembelaan pemakaian tudung

Di German, Mahkamah Perlembagaan telah membenarkan pemakaian tudung kepala secara bebas oleh wanita Islam, di Rhine-Westphalia Utara yang memiliki populasi penduduk paling ramai.

Dua orang wanita Islam, seorang guru dan seorang pekerja sosial merasa tertekan dengan pengharaman yang mula dikuatkuasakan pada tahun 2003, telah membuat permohonan di Mahkamah Perlembagaan German untuk mendapatkan kebebasan beragama.

Antara faktor penyebab pengharaman; tudung kepala boleh mengganggu perjalanan bilik darjah dan sekiranya guru yang memakai tudung mampu mengambil pendekatan berkecuali di dalam bilik darjah. Perintah larangan memakai hijab turut ditarik balik di Bremen, dan pada Mei lalu, Mahkamah Perlembagaan Persekutuan membatalkan pengharaman berkenaan yang tidak bertepatan dengan perlembagaan negara itu.

 

Diterjemah oleh: Nureen Adnan

Sumber: World Bulletin [1][2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenapa Malaysia Perlu Menolak TPPA (siri 4)

Next Post

Analisa Hubungan Tiga Segi Amerika-Vietnam-China

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content