200 Imigran Yahudi Tiba di Israel dari Perancis, Menjadikan Jumlah 20 Ribu Sejak 5 Tahun Lalu

jewish-immigrants-arriving-in-israel

Lebih daripada 200 orang Yahudi dari Perancis, tiba di negara haram Israel dengan menaiki penerbangan yang diatur khas oleh Kementerian Aliyah and Immigrant Absorption, menurut Agensi Yahudi Israel.

Dalam satu kenyataan media, yang diperoleh daripada Agensi Anadolu, agensi Yahudi sangat-sangat menggalakkan penghijrahan orang Yahudi dari seluruh dunia untuk menghuni Israel, yang mana separuh daripada jumlah orang Yahudi yang berhijrah adalah terdiri daripada kanak-kanak.

Lebih daripada 20,000 orang Yahudi-Perancis, kebanyakkannya sudah berkeluarga, telah berpindah ke Israel sepanjang lima tahun lalu. Sejumlah 7500 telah berpindah ke Israel pada 2014, manakala seramai 4260 lagi pada tahun ini (2015).

Agensi Yahudi itu berkata, pinggir Bandar Netanya, di sebelah utara Israel, ialah destinasi utama untuk penempatan baru bagi orang Yahudi-Perancis, diikuti Bandar Tel Aviv, Jerusalem, Ashdod dan Ra’anana.

Kenyataan media oleh Menteri Aliyah and Immigrant Absorption, Ze’ev Elkin berkata: “Penerbangan yang membawa 200 orang yahudi ini hanyalah sedikit daripada jumlah yang bakal tiba ke Israel pada musim panas akan datang.”

“Ini merupakan tahun kedua berturut-turut kita melihat pertambahan yang sangat ketara dalam penghijrahan dari Perancis, dan kerajaan berusaha keras untuk menambahkan lagi perpindahan masyarakat Yahudi serta cuba untuk meluaskan lagi sumber orang Yahudi untuk berpindah ke sini (negara haram Israel). Tahun ini kita menerima seramai 30,000 sehingga 35,000 penghijrah dari seluruh dunia, dan ini merupakan jumlah tertinggi dalam dekad ini”.

Ketua Eksekutif Agensi Yahudi Israel, Natan Sharansky, berkata dalam satu kenyataan, agensi telah mengembangkan operasinya di seluruh Eropah secara signifikan, dalam dua tahun ini.

“Kita melihat satu arus baru penghijrahan orang Yahudi daripada Eropah,” tambahnya lagi.

Pada 16 Februari, kerajaan Israel telah mengumumkan bahawa ia telah meluluskan plan khusus untuk menggalakkan penghijrahan Yahudi dari Perancis, Belgium dan Ukraine ke Israel pada tahun 2015.

Terjemahan : Mohd Khairil Alias
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Krisis Elektrik : 90 Peratus Kilang di Gaza Bakal Ditutup

Next Post

New Development Bank oleh BRICS Bakal Menyaingi World Bank

Related Posts
Skip to content