Krisis Elektrik : 90 Peratus Kilang di Gaza Bakal Ditutup

palestine-factory-gaza-cement-factory-economy

Palestinian General Federation of Trade Unions (PGFTU) di Semenanjung Gaza telah berkata bahawa 90 peratus daripada kilang-kilang yang tinggal terpaksa menghentikan pengeluaran kerana kekurangan kuasa elektrik. Satu-satunya pusat penjanaan kuasa Gaza sudah berhenti berfungsi untuk hari ketujuh berturut-turut disebabkan kekurangan bahan api.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan, PGFTU berkata bahawa sebahagian besar bengkel dan kilang-kilang di Semenanjung Gaza yang kini terpaksa bekerja kurang dari 20 peratus daripada kapasiti mereka akibat krisis elektrik. Sekaligus membawa kerugian besar kepada ekonomi secara keseluruhannya.

Krisis tenaga elektrik ini juga memburukkan keadaan para pekerja dan meningkatkan kadar pengangguran. Dalam satu kenyataan yang lebih awal, PGFTU menjelaskan bahawa perang Israel pada tahun lepas ke atas Semenanjung Gaza membawa kepada kenaikan 70 peratus dalam kadar kemiskinan dalam kalangan pekerja, dengan kadar pengangguran mencecah sehingga 60 peratus.

Di samping itu, Rangkaian NGO Palestin memberi amaran betapa seriusnya krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kerana ketiadaan kuasa elektrik. Rangkaian itu menambah bahawa kekurangan kuasa telah mengakibatkan beberapa sektor utama ditutup, termasuk sektor kesihatan, air dan sanitasi.

Pada masa ini, pihak berkuasa kuasa dapat membekalkan Semenanjung Gaza dengan elektrik berdasarkan 6 jam on, 12 jam off. Ia bergantung kepada kuasa yang dibekalkan oleh Mesir dan Israel. Di kawasan-kawasan padat dengan penduduk di wilayah pantai, kehilangan kuasa elektrik boleh menjangkau sehingga lebih 20 jam pada satu-satu masa, kata penduduk.

Semenanjung Gaza memerlukan kira-kira 400 megawatt elektrik sehari tetapi sekarang hanya mempunyai 212 megawatt yang ada, di mana Israel menyediakan 120 dan Mesir menyediakan 32 megawatt (terutamanya di Rafah), untuk digabungkan dengan 60 megawatt yang tidak seberapa disediakan oleh satu-satunya syarikat penjanaan kuasa di Gaza.

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Bina Lagi 800 Unit Penempatan Baru di Tebing Barat

Next Post

200 Imigran Yahudi Tiba di Israel dari Perancis, Menjadikan Jumlah 20 Ribu Sejak 5 Tahun Lalu

Related Posts
Skip to content