8 Mac 2014
12.41 pagi: Pesawat MAS Boeing 777-200ER berlepas dari KLIA ke Beijing membawa 239 penumpang dan kru.
1.19 pagi: “Goodnight Malaysian three seven zero” – ayat terakhir daripada kokpit MH370 kepada bahagian kawalan udara KLIA.
1.21 pagi: Transponder MH370 yang bertindak balas kepada radar awam dimatikan. Pesawat hilang daripada daripada kawalan trafik udara (ATC) dan gagal mendaftar masuk dengan ATC Vietnam.
2.15 pagi: Radar tentera mengesan pergerakan tidak dikenali (kemudiannya disahkan MH370) pada kedudukan 322km ke barat laut Pulau Pinang.
6:30 pagi: MH370 gagal mendarat di Beijing seperti yang dijadualkan.
7:24 pagi: MAS mengumumkan penerbangan MH370 hilang dari kawalan.
8:11 pagi: Satelit data menjejaki menerima isyarat terakhir daripada MH370. (Berdasarkan maklumat yang diperolehi kemudian, pesawat itu terbang sama ada di sepanjang koridor utara dari Thailand ke Kazakhstan, atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan selatan India.)
1:41 petang: Laporan media Vietnam menyatakan bahawa pesawat itu terhempas ke dalam laut berhampiran pulau Tho Chu; ternyata kemudiannya bahawa ia adalah laporan palsu.
2.40 petang: Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
6.28 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa ahli keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 di KLIA.
7.05 malam: Najib mengumumkan pesawat MH370 belum ditemui. Operasi mencari diperluas dengan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
Mac 2014
-Sidang media oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).
-Keputusan ujian makmal ke atas tompok minyak di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370.
-Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka ialah warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delvar Seyed Mohammad Erza, 29 tahun. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayia cuba berhijrah ke Eropah.
– Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130 (C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
17 Mac
– Operasi pencarian mutinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
20 Mac
– Satelit Australia mengesan dua objek, dengan satu daripadanya bersaiz 24 meter di Lautan Hindi dianggap petunjuk baharu dan kukuh yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370.
– Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menghubungi Najib pada pukul 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.
24 Mac
– Pada pukul 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
26 Mac
– Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.
– Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.
27 Mac
– Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.
– Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.
1 April
-Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualan radiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.
– MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.
2 April
– Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.
– Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
– Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370 bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.
– Perkataan “berakhir” di selatan Lautan Hindi yang dipilih Najib untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.
3 April
– Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.
– Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur akan dihentikan mulai 8 April.
– Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.
– Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.
– Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.
4 April
– Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Mad meminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.
– Australia berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai ‘wakil bertauliah’ dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.
– Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Perth berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.
– Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.
5 April
– Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang ‘Penyiasat Bertanggungjawab’ yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370. Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
– Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.
– Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.
– Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
6 April
– Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.
– Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01
– Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370.
28 Ogos 2014
– Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan bahawa Australia dan Malaysia menanggung kos fasa baharu pencarian yang dianggarkan bernilai sehingga RM153.28mil.
29 September 2014
– Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengumumkan fasa carian di bawah air baru.
31 Oktober 2014
– MAS melihat tuntutan mahkamah yang pertama berkaitan dengan penerbangan MH370 hilang difailkan oleh anak-anak penumpang Jee Jing Hang, 41. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ketua Pengarah Imigresen, Panglima Tentera Udara dan Kerajaan.
Disember 2014
– Mahkamah Tinggi KL mengarahkan MAS dan empat defendan yang lain unto memfailkan pernyataan pembelaan mereka sebelum 15 Disember.
-Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata carian di bawah air boleh selesai pada Mei 2015.
29 Januari 2015
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan kehilangan penerbangan MAS MH370 sebagai “kemalangan”. Ia membuka jalan bagi syarikat penerbangan itu untuk membayar pampasan kepada waris dan ahli keluarga mangsa. Bagaimanapun pencarian pesawat yang hilang itu akan terus dijalankan.
17 Februari 2015
Mahkamah Tinggi KL mencadangkan bahawa MAS, Kerajaan dan keluarga penumpang MH370 Jee Jing Hang mendapatkan penyelesaian untuk menyelesaikan saman itu.
2 Mac 2015
Kerajaan Australia mengumumkan bahawa carian akan terus dijalankan. Setakat ini yakin bahawa sebanyak 40 peratus kawasan carian utama selesai.
6 Mac 2015
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pakar akan melakukan penilaian data dan angka untuk memberi panduan sekiranya MH370 tidak dapat dikesan di zon yang ditetapkan menjelang Mei.
6 Ogos 2015
Terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Amirul Asyraf
Penganalisis IRIS