PowerChina-Semarak Memeterai Perjanjian Projek Hidrogen Bernilai RM1.88 Bilion di Perak, Tambah Penglibatan China dalam Projek Tenaga Boleh Baharu Negara

China Hydropower (Malaysia) Co Ltd yang juga anak syarikat PowerChina, telah memeterai perjanjian bernilai RM1.88 bilion dengan Semarak Renewable Energy Sdn Bhd bagi melaksanakan projek hidrogen hijau di Perak. Syarikat milik penuh China itu telah melaksanakan lebih daripada 150 projek dengan nilai keseluruhan projek melebihi AS$7 bilion sejak kemasukannya ke pasaran Malaysia pada 1993. Projek ini dijangka menjadi projek pengeluaran hidrogen hijau berskala besar pertama di Malaysia, menggunakan penjanaan kuasa fotovoltaik terapung. (BH)

Perjanjian hidrogen ini menambah bilangan penglibatan China dalam projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara. Di Sarawak sahaja, China terlibat dalam pembinaan tiga empangan atau stesen tenaga hidro iaitu empangan Bakun oleh Sinohydro, empangan Murum oleh Three Gorges Dam Company, dan empangan Baleh oleh China Gezhouba Group Company Ltd. Pembiayaan projek terutamanya melibatkan empangan Bakun menggunakan Exim Bank, agensi kredit eksport rasmi China yang membiayai kebanyakan empangan luar negara China. (ThinkChina)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Global Infrastructure Partners (GIP) Rancang Beli Sehingga 49 Peratus Kepentingan Dalam MMC Port Holdings, Risiko Serah Infrastruktur Strategik Negara kepada Pengaruh Asing

Next Post

Negara Bergantung 100 Peratus Kepada Import Gula Mentah untuk Pasaran Domestik, Hala Tuju Industri Gula Tempatan Bergantung kepada Bekalan Gula Antarabangsa

Related Posts
Skip to content