Mesir-Malaysia Tingkatkan Kerjasama Dua Hala, Perangi Ideologi Ekstremis

Pertemuan tersebut menyentuh perbincangan mengenai pengukuhan kerjasama Mesir dan Malaysia dalam aspek keselamatan seperti memerangi keganasan dan ideologi ekstremis.

Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi, menyambut baik rundingan kerjasama dengan Malaysia, terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian, kerana dilihat mempunyai peluang yang luas antara kedua negara dalam bidang ini.

Tambahan pula Mesir menjadi pintu masuk utama ke negara-negara benua Afrika dan Timur Tengah manakala Malaysia pula pintu masuk ke rantau ASEAN.

Pertemuan yang julung kali diadakan secara persidangan video oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yasin dengan Presiden Mesir untuk membincangkan hubungan kerjasama dengan lebih erat antara kedua-dua negara dalam menangani isu-isu penting di rantau dan peringkat antarabangsa kedua-dua negara.

Perdana Menteri Malaysia memutuskan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara kedua buah negara terutama dalam bidang ekonomi, perindustrian, perdagangan dan pendidikan apabila melihat perkembangan pelaburan dan perniagaan yang pesat di Mesir dalam rangkaian projek nasional negara itu.

Pertemuan tersebut menyentuh perbincangan mengenai pengukuhan kerjasama Mesir dan Malaysia dalam aspek keselamatan seperti memerangi keganasan dan ideologi ekstremis.

Dalam bidang pendidikan (agama), status universiti Al-Azhar Al-Sharif sangat dipandang tinggi di Malaysia sebagai mercu tanda penyebaran Islam.

Selain itu, rundingan ini turut membincangkan usaha untuk meningkatkan pelaburan Malaysia ke Mesir, supaya dapat memanfaatkan keistimewaan dan insentif yang diberikan dalam perancangan projek nasional Mesir terutama dalam sektor pelaburan seperti automobil, elektronik dan tenaga, di samping pembangunan infrastruktur Terusan Suez dan modal pentadbiran baru.

Pertemuan ini juga membincangkan mengenai isu-isu kepentingan serantau dan antarabangsa terutama perkembangan isu Palestin dan usaha untuk mencapai keamanan di Timur Tengah.

Perdana Menteri Malaysia melihat, usaha Mesir dalam menghentikan peperangan, dan memberikan sumbangan untuk pembangunan semula Gaza, termasuk menyegerakan proses rundingan penubuhan negara Palestin sesuai dengan keputusan yang diterima antarabangsa.

Kedua-dua belah pihak sepakat untuk memperkukuh hubungan dua hala antara pimpinan dan akan membuat kunjungan hormat pada masa akan datang untuk meneruskan rundingan di peringkat dua hala atau antarabangsa.

Sumber asal: ONtvLIVE

*Artikel ini telah diterjemah oleh Fathiah Zulkifli (Ketua Penyunting Fokus)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China Tingkatkan Operasi Kenal Pasti Perisik Asing Yang Bekerjasama Dengan Gerakan Anti-China

Next Post

Perang Laut China Selatan Akan Bermula Di Vietnam?

Related Posts
Skip to content