“Amerika Syarikat dan Nuklear” – Retorik Antarabangsa

final_final

Non-Proliferation Treaty (NPT) merupakan satu perjanjian bagi menghalang penyebaran senjata nuklear dan teknologi nuklear dan juga bagi menganjurkan persefahaman antara negara terlibat dalam menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan. Seterusnya, mencapai matlamat akhir perlucutan senjata nuklear secara total dan zon bebas nuklear

Baru-baru ini saya dijemput menghadiri satu colloquium yang dianjurkan oleh Arab Institute for Security Studies di Amman. Di dalam satu perbincangan yang dibentang oleh Rose Gottemoeller yang merupakan pegawai Amerika Syarikat yang berjawatan Under Secretary of State for Arms Control and International Security, beliau berkata polisi non-proliferation bertujuan mewujudkan dunia bebas nuklear. Pelbagai perjanjian seperti Non-Proliferation Treaty (NPT) yang dijalankan bagi mewujudkan dunia bebas nuklear.

Namun timbul beberapa persoalan, adakah US benar-benar mahu mewujudkan dunia bebas nuklear atau hanya mahu mewujudkan dunia Non-US Allies without nuclear ?

Pada tahun 2003, Amerika Syarikat menggunakan alasan wujudnya Weapon of Mass Destruction untuk melancarkan operasi Desert Storm dengan menggunakan hard power di Iraq untuk menjatuhkan Saddam Hussein.

Tetapi langkah tersebut akhirnya mewujudkan satu lompong kuasa yang besar dan menyebabkan situasi yang berlaku pada hari ini di Syria dan Iraq. Baru-baru ini Tony Blair di dalam satu temu ramah telah meminta maaf atas apa yang berlaku di Iraq sekaligus mengesahkan syak masyarakat antarabangsa akan penipuan Amerika Syarikat dan sekutu.

IAEA

Pada tahun 2005, International Atomic Energy Agency(IAEA) mencadangkan untuk mengharamkan fissile material yang bakal mengurangkan pengeluaran Weapon of Mass Destruction secara drastik namun cadangan ini ditolak oleh Amerika Syarikat manakala 147 negara lain setuju akan cadangan tersebut.

Pada 2009, Obama mengubah pendirian Amerika Syarikat akan cadang IAEA tersebut namun sehingga kini masih tergantung akan perlaksanaannya.

Amerika Syarikat juga menyepikan diri apabila diajukan soalan berkenaan nuklear sekutu rapatnya, Israel. Amerika Syarikat mengambil polisi berdiam diri.

Israel mengakui kewujudan Negev Nuclear Research Centre di Dimona, sebuah rektor nuklear. Mordechai Vanunu, seorang juruteknik telah mendedahkan rahsia program nuklear Israel pada tahun 1986 namun sehingga kini tidak dinafikan oleh pegawai Israel. Vanunu kini dikenakan pelbagai sekatan dan hukuman akibat tindakan beliau mendedahkan rahsia program nuklear tersebut.

Sehingga kini, Israel dianggarkan mempunyai 80 atau lebih senjata nuklear. Namun Amerika Syarikat tetap mendiamkan diri dan tidak mengambil langkah disarmament seperti yang dicanang mereka kepada masyarakat antarabangsa dan sebaliknya mengalihkan isu kepada nuklear Iran. Soft power yang dimiliki Israel terhadap Amerika Syarikat menyebabkan Amerika Syarikat menjadi pengecut ketika berhadapan dengan isu nuklear Israel.

Tindakan-tindakan Amerika Syarikat ini jelas hanya cuba menguntungkan Amerika dan sekutunya. Mereka menggunakan soft power dimiliki mereka terhadap negara kecil dan yang tidak bersekutu dengan Amerika supaya menandatangani perjanjian tidak memiliki senjata nuklear dan mencanangkan kepada masyarakat dunia akan negara free nuclear zone. Manakala mereka menghiraukan puluhan demonstrasi yang diadakan rakyat Amerika supaya mereka turut sama melupuskan senjata-senjata nuklear yang dimiliki mereka.

Jangan dilupa, Amerika Syarikat memiliki lebih 1500 senjata nuklear termasuk Intercontinental ballistic missile(ICBM) yang mampu dilancarkan dari jarak yang jauh, SLBM( submarine-launched ballistic missile) yang mampu dilancarkan dari laut dan dilengkapi senjata thermonuclear , dan keupayaan serangan nuklear dari udara.

Jelas kesemua propaganda Amerika Syarikat bagi mewujudkan dunia free nuclear zone adalah untuk menguntungkan negara mereka dan sekutu dalam perlumbaan hard power kuasa-kuasa besar dunia yang kini sedang rancak berlumba membangunkan senjata lebih moden dan maju.

 

Amirul Asyraf

Penganalisis IRIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kronologi Terkini Perang Syria – “Jet pejuang Rusia ditembak jatuh”

Next Post

“Krisis Turki Menunjukkan Fasa Baru Pelan Israel Raya” – Penganalisis

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content