Tebing Barat: Pemuda Palestin Dibunuh Israel

Sumber: MEM
Sumber: MEM

Seorang pemuda Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat pada Rabu semalam, lapor Anadolu Agency melalui sumber perubatan di Hospital Khalil Sulaiman, Jenin.

Pihak hospital telah mengesahkan kematian pemuda tersebut, Mohamed Alawna,21, akibat ditembak oleh tentera Israel di dada.

Saksi kejadian berkata, Alawna telah ditembak selepas rusuhan berlaku antara pemuda-pemuda Palestin dengan pihak tentera Israel di kampung Barqin.

Saksi turut berkata kesemua pemuda melontarkan batu ke arah tentera Israel kemudian dibalas dengan peluru hidup dan getah beserta gas pemedih mata.

Lebih daripada 20 rakyat Palestin telah dibunuh manakala 2,156 yang lain pula telah ditahan oleh tentera Israel pada tahun 2015, lapor Palestine Liberation Organization (PLO) pada awal bulan ini.

 

Terjemahan: Nurul Fitrah Abdullah
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Islam Bakal Mendominasi China

Next Post

Netanyahu Disiasat atas Jenayah Perbelanjaan

Related Posts
Skip to content