Kronologi Terkini Perang Syria – “Jet pejuang Rusia ditembak jatuh”

 

_86856014_russian_plane_shot_down_624

11.05am GMT : Turki melaporkan mereka telah menembak jatuh sebuah jet pejuang Rusia SU-24 yang dilaporkan menceroboh ruang udara Turki menurut jurucakap Turki. Rusia pula melaporkan bahawa pesawat pejuang mereka ditembak di sempadan Syria dan tidak menceroboh ruang udara Turki.

11.06am GMT : Agensi berita Turki, Dogan melaporkan helikopter Rusia dikesan di lokasi pesawat tersebut terhempas.

11.06am GMT : NATO melaporkan mereka sedang memantau rapat berkenaan isu tersebut di dalam satu kenyataan dan telah menghubungi pegawai Turki.

11.22am GMT : Satu rakaman yang muncul di internet dilaporkan menunjukkan badan salah seorang daripada dua juruterbang pesawat yang ditembak tersebut dikelilingi oleh Pemberontak Syria namun rakaman itu tidak disahkan oleh Rusia.

11.29am GMT : Agensi media Turki merakamkan saat kedua-dua juruterbang Russia SU-24 membuka payung terjun mereka di ruang udara Syria.

11.44am GMT : Insiden pesawat Rusia ditembak jatuh Turki bakal menyukarkan usaha anti-pengganas di Syria kata jurucakap UN Ahmad Fawzi di dalam satu taklimat media.

11.57am GMT : Wakil Kremlin berkata terlalu awal untuk membuat spekulasi dan membuat sebarang kesimpulan serta sejauh mana ia akan memberi kesan kepada hubungan Turki-Rusia

11.57am GMT : Turki memanggil Duta Rusia di Ankara lapor Bloomberg.

12:53pm GMT : Vladimir Putin berkata bahawa Turki telah “menikam belakang” Rusia dengan perbuatan mereka menembak jatuh pesawat Rusia. Putin juga berkata bahawa tindakan mereka ibarat seperti sekutu kepada pengganas.

1.00pm GMT : Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata Turki berhak bertindak balas kerana pesawat tersebut telah mencerobohi ruang udara Turki.

2.00pm GMT : Menteri Luar Negara Turki telah memanggil 5 wakil ahil tetap UN iaitu China, Perancis, Jerman, Rusia dan AS untuk memberi laporan ringkas berkenaan isu ini.

3.46pm GMT : Jurucakap Tentera Amerika Syarikat berkata, walaupun Turki merupakan ahli NATO namun isu ini perlu diselesaikan diantara Ankara-Moscow

6.16pm GMT : Seorang tentera Rusia terbunuh dalam misi menyelamat di Syria apabila helikopter Rusia ditembak oleh pejuang di Syria

6.23pm GMT : Setiausaha Agung NATO,Jens Stoltenberg, berkata NATO menyokong kenyataan yang dibuat oleh Turki setelah penilaian oleh sekutu NATO bahawa memang terdapat pencerobohan yang dilakukan oleh Rusia.

7:14pm GMT : Tentera Rusia mengesahkan bahawa seorang dari dua juruterbang pesawat SU-24 telah ditembak mati dari serangan darat ketika dia mendarat dengan payung terjun.

 

Dilaporkan oleh: Amirul Asyraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

OBAMA berjumpa lagi dengan proksi Amerika di Malaysia

Next Post

“Amerika Syarikat dan Nuklear” – Retorik Antarabangsa

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content