(Reuters) – PJ Solomon dalam satu kenyataan mereka pada Isnin lalu mengesahkan bahawa mereka melantik Michael Gottschalk sebagai rakan kongsi dan juga pengarah urusan.
Gottschalk yang juga merupakan bekas pengarah urusan di Rothschild and Co, mempunyai rekod yang cemerlang apabila berjaya mengendalikan dan menasihati pelanggan seperti Nestle, Beirsdorf, McCormick, Lala Fonterra, Glanbia, Newell Brands, Dean Foods, Saputo dan Hero dalam satu memo dikeluarkan bank PJ Solomon kepada Reuters.
Sebelum menyertai Rothschild pada 2005, Gottschalk merupakan pengarah urusan di Lazard LTD, dan memulakan kariernya sebagai akauntan di Deloitte.
Sumber: Reuters