Daun sirih dan kaduk, bentuk rupanya seakan sama, tetapi sifatnya berbeza

Oleh: Tn Hamdi Hanapi

Sirih tumbuh menjalar (memanjat) biasanya akan melilit junjung yang di buat dari pancang buluh atau kayu. Manakala kaduk pula tumbuhnya melata, bukan memanjat ke atas.

Akan tetapi, sekiranya kaduk yang tumbuh di bawah itu memanjat dan menyaingi tempat sirih, ia melampaui sifat asalnya. Maka sebab itulah orang Melayu memerhati sifat kaduk ini lalu mengungkap “Kaduk naik junjung”.

Ertinya, orang hina mengaku mulia. Atau kerap kali dipakai bagi menggambarkan perbuatan mengada-ngada dan melampau apabila mendapat kedudukan lebih tinggi.

Sirih itu sifatnya tertib dan teratur, sehingga diungkap – “Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.” Ertinya, tiap-tiap pekerjaan hendaklah di buat mengikut aturan. Ia juga melambangkan kerendahan hati dan bertatasusila.

Maka itulah sirih seringkali dijadikan kepala istiadat orang-orang Melayu – menyatakan hajat, mewakili hasrat dan menggambarkan budi pekerti dua pihak.

Dan sirih itu rasanya pedas. Ertinya, bukanlah boleh diperkotak-katik atau dihina-hina, meskipun sifatnya lembut-halus.

Jika melampau-lampau kaduk menginjak sirih – dan sirih pula sudah tawar tiada pedas – janganlah lupa pada junjungnya yang bila-bila boleh patah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Alibaba beli syarikat teknologi visual Israel bangunkan projek Machine Vision Laboratory

Next Post

Taikun China jadikan Malaysia dan Thailand sebagai pusat Elit di Asia Tenggara

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content