Adakah China maju dengan teknologi curian?

China uncensored dalam salah satu video di laman youtube mereka mendedahkan bagaimana China mencuri teknologi-teknologi daripada Amerika Syarikat dan mengakibatkan kerugian sehingga hampir 5 trillion dollar setahun.

Bagaimana modus operandi ini dilakukan? Ianya dengan mudah diterjemahkan dengan rajah di bawah.

Screen Shot 2016-03-07 at 7.09.52 PM

Kerajaan China akan mengubal undang-undang supaya me ‘legal’ kan aktiviti pencurian ini, jika kita boleh lihat bagaimana hacking aktiviti  atau biasa disebut sebagai Cyber War yang berlaku dengan skala yang sangat besar antara hackers China dan juga Amerika Syarikat. ( anda boleh membacanya di sini.)  Semua raw-raw data yang telah dicuri akan melalui transfer centres tempat di mana, teknologi-teknologi yang telah dicuri ini diterjemahkan kepada produk. Kemudian barulah dijual kepada syarikat-syarikat untuk menghasilkan produk ini dalam skala yang besar. Seperti kita maklum, syarikat-syarikat China ini biasanya dikelola, oleh individu-individu di dalam parti komunis itu sendiri.

Satu contoh kes yang dibawa dalam hal ini adalah pada tahun 2011 bagaimana, pekerja American Superconductor Corp mendapati bahawa chip komputer yang telah mereka reka telah dicuri oleh pelanggan terbesar syarikat tersebut iaitu, China Sinoval Wind Group. Mereka mendapati hal ini, selepas Sinoval tidak lagi mengunakan teknologi mereka sebaliknya mengunakan mesin sendiri hasil daripada kod-kod teknologi yang telah dicuri.

Screen Shot 2016-03-07 at 7.02.28 PM

Netizen pula di dalam ruangan komen, mempersoalkan, kenapa Amerika hanya berdiam, dan membiarkan perkara ini terus terjadi? Satu persoalan yang harus kita fikir-fikirkan juga.

Oleh:

Asyraf Farique

Ketua Editor Focus

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Running businesses differently”- Andy Haldene

Next Post

Adakah Kurdi bangsa pengganas?

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content