Larang Berniqab Selepas Serangan Pengganas Boko Haram

Chad mula menguatkuasakan larangan berniqab (AFP)
Chad mula menguatkuasakan larangan berniqab (AFP)

 

Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan pemakaian tudung yang menutup keseluruhan muka atau veil, sehari selepas pengebom Boko Haram menyamar sebagai wanita dan menyerang pasar di bandar Chad.

Pihak polis Chad mengarahkan sesiapa sahaja yang mengenakan full-face veil supaya ditahan, selepas pengeboman berani mati oleh seorang ahli militan Boko Haram yang menyamar sebagai wanita telah mengorbankan 15 orang yang tidak bersalah.

Serangan pada Sabtu lalu di sebuah pasar dekat bandar N’Djameena, turut mencederakan 80 yang lain dan menyebabkan kekecohan di seluruh bandar. Penyerang berkenaan meletupkan seutas tali pinggang yang mengandungi bahan letupan semasa dia ditahan untuk pemeriksaan keselamatan di pintu masuk utama pasar berkenaan.

Menurut Paul Manga, jurucakap polis negara, serangan berkenaan mengukuhkan lagi larangan yang dikenakan ke atas penggunaan full-face veil di negara itu, dan menegaskan semua pihak perlu menghormati keputusan berkenaan. Sekiranya ada pihak yang didapati tidak mematuhi arahan tersebut, mereka bakal ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.

Chad yang mengandungi populasi penduduk majoriti beragama Islam telah mengharamkan pemakaian full-face veil, mengukuhkan langkah keselamatan serta telah mengebom kawasan-kawasan Boko Haram sejak sebulan lalu, selepas serangan pertama kali oleh kumpulan militan bersenjata berkenaan di bandar itu.

Kawalan keselamatan ditingkatkan di seluruh bandar Chad pada Ahad lalu dengan menempatkan pihak polis dan tentera di seluruh kawasan, termasuklah, persimpangan jalan, pasar, dan masjid.

Sembilan daripada mangsa yang terbunuh merupakan peniaga wanita, dan ketakutan masih menyelubungi suasana pasar berkenaan pada Ahad lalu.

Zenaba, seorang peniaga memberitahu, perkara yang sering didengar berlaku di tempat lain, kini berlaku di depan mata mereka. Dia sangat bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya.

Boko Haram mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berani mati kali ini melalui laman sosial Twitter, melalui twit handle “Islamic State, West Africa province” – nama pengenalan yang diguna pakai oleh anggota kumpulan militan berkenaan setelah mereka berikrar taat setia kepada kumpulan militan ISIL pada Mac lalu.

Konflik yang berlanjutan sejak 2009 itu telah membunuh sekurang-kurangnya 15,000 orang dan menyebabkan lebih daripada 1.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. Pakatan empat-rakyat; four-nation coalition, yang disertai Nigeria, Niger, Chad dan Cameroon dilaporkan telah berulang kali mengeluarkan arahan kepada kumpulan militan bersenjata berkenaan supaya meninggalkan bandar-bandar dan kampung-kampung yang mereka telah mereka tawan di dalam sebuah operasi yang bermula sejak Febuari yang lepas.

 

Diterjemah oleh: Nureen Adnan

Sumber: al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Boko Haram Terus Mengganas, Kuasai Lebuhraya

Next Post

MH17: Rusia Menentang Resolusi UN Untuk Dakwa Penjenayah

Related Posts
Skip to content