Adakah Kurdi bangsa pengganas?

Selain ISIS yang dikaitkan dengan siri pengeboman berani mati di Turki, bangsa Kurdi juga turut dikaitkan dengan pengebom berani mati yang berlaku di Turki. Bangsa Kurdi yang dikaitkan ialah sebuah parti politik PKK (Kurdish Workers Party). Namun siapakah mereka sebenarnya? Adakah semua bangsa Kurdi di Turki turut menyokong PKK?

Siapakah bangsa Kurdi dan siapakah PKK?

Bangsa Kurdi adalah antara bangsa terbesar di dunia yang tidak memiliki negara sendiri. Lokasi, geografi dan habitat bangsa Kurdi terletak di sempadan pergunungan Iran, Iraq, Syria dan juga Turki. Bahasa yang dituturkan ialah bahasa Kurdi yang mirip dengan bahasa Parsi dan amat berbeza sekali dengan bahasa Arab ataupun bahasa Turki. Namun berbeza dengan orang Parsi (Iran) yang majoritinya Syiah, Bangsa Kurdi majoriti adalah Sunni. Bangsa Kurdi dahulunya yang berada di bawah pemerintan Khalifah Uthmaniyyah tidak mempunyai sebuah negara kini kerana Perjanjian Sykes-Picot yang dimeterai sewaktu perang dunia pertama dan ketika kejatuhan empayar khalifah Uthmaniyyah bilamana British dan Perancis membahagikan negara-negara dibawah pemerintahan khalifah uthmaniyyah. Dalam perjanjian tersebut,tanpa mengira negara untuk bangsa Kurdi, mereka hanya membahagikan negara–negara arab mengikut kepentingan masing-masing.

Kurdi 1

Kurdish 2

Apakah pula kaitan ISIS dan PKK? 

PKK sangat memusuhi ISIS yang mahu menegakkan sebuah negara Islam Syria dan Iraq kerana ISIS akan membantutkan usaha “separatist” mereka untuk mewujudkan negara Kurdi. Walaupun selepas Ocalan, pengasas PKK telah dimasukkan penjara, ideologi “separatist” betukar ke “nationalist” namun merka masih mengimpikan sebuah negara Kurdi. Dalam masa yang sama Amerika juga memusuhi ISIS namun tidak mengiktiraf PKK dan mengecop PKK organisasi terorist. Namun sebenarnya, menurut buku yang ditulis oleh Dr. Othman Ali yang bertajuk Turkey’s Kurdish Dilemma: The Two Track Policy, Amerika dan Israel sebenarnya membantu PKK secara sulit.

“Hersh’s account of Mossad involvement with PKK was corroborated with the accounts published by WikiLeaks in November 2010 .The documents show that US and Israel have been helping PKK. A US military document referred to the PKK as ”warriors for freedom and Turkish citizens” and said the US had set free arrested PKK members.”

“Finally, the AK party government in Turkey has recently begun to compile evidence that the PKK has developed links with Israel. Earlier in June, Sedat Laciner, the head of the International Strategic Research Organization, a Turkish think tank, said MOSAD agents and Israeli military retirees had been sighted providing training to PKK militants in Iraqi Kurdistan. If these allegations were to be confirmed, then the PKK will be condemned by all democratically minded people, especially Kurds for trying to sabotage the peace process in Turkey at the instigation of Israel. One should not rule out the PKK’s developing tieswith MOSAD.”[3]

Menariknya Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel juga menyokong terang-terangan penubuhan negara Kurdistan[4][5].

Di sini terang lagi bersuluh dapat kita lihat bagaimana Israel dan Amerika yang tidak senang duduk dengan kebangkitan islam di Turki walaupun masih ada sisa-sisa sekular yang tinggal. AS dan Israel menjadi dalang dalam memporak-perandakan keamanan di Turki dengan menggunakan taktik yang sama seperti apa yang berlaku di negara-negara Islam yang sudah berpecah-belah dan porak peranda sepeti Somalia, Yaman, dan Syria dengan mengapi-apikan perkauman dan membantu agenda “separatist”.

Oleh:

Iffah Fadhilah Bte Awang Muhaidin

Penganalisis IRIS. Beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Pengajian Timur Tengah, di Sakarya Universiti, Turki

Rujukan

[1] http://www.bbc.com/news/world-europe-20971100

[2] http://www.aljazeera.com/news/2015/07/kurdish-group-claims-revenge-murder-turkish-police-150722132945249.html

[3] Turkey’s Kurdish Dilemma: The Two Track Policy, Dr. Othman

[4] http://www.theguardian.com/world/2014/jun/29/israel-prime-minister-kurdish-independence

[5] http://www.volkskrant.nl/buitenland/netanyahu-voor-onafhankelijk-koerdistan~a3680981/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah China maju dengan teknologi curian?

Next Post

Hubungan Rapat Calon Presiden AS, AIPAC dan Israel

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content