Bagaimana ‘Nine Cardinal principles’ Menyediakan Sarawak Untuk Tadbir Urus Sendiri

Sumber: zulfaqarstar.blogspot

    Walaupun ‘Nine Cardinal Principles’ yang dimeterai semasa zaman penjajahan Rajah Inggeris kelihatan ringkas, namun adalah penting untuk kita memahaminya.

    Rajah Putih Sarawak yang ketiga, Charles Vyner Brooke telah mengumumkan dokumen itu pada 24 Sept 1941 dengan harapan ‘Nine Cardinal Principles’ mendorong Sarawak untuk menubuhkan kerajaannya sendiri.

    Mukadimah bagi perlembagaan tertua di Sarawak

    Perlembagaan Sarawak 1941 adalah perlembagaan bertulis pertama bagi Sarawak. Objektif perlembagaan ini adalah untuk memenuhi janji oleh Rajah Inggeris yang ketiga iaitu Vyner untuk menamatkan pemerintahan Brooke dan membolehkan Sarawak untuk mentadbir sendiri.

    Tetapi disebabkan oleh penjajahan Jepun yang berlaku dari tahun 1941 sehingga 1945, perlembagaan tersebut tidak dapat dilaksanakan.

    Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, pentadbiran Rajah telah menghadapi krisis kewangan. Oleh itu apabila Vyner memutuskan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British, ramai yang melihatnya sebagai pengkhianatan oleh Rajah kerana rakyat Sarawak sedang bersiap sedia untuk mempunyai kerajaan sendiri.

    Sembilan perincian dalam ‘Nine Cardinal Principles’ Sarawak

    Sembilan perincian tersebut adalah:

    1. Sarawak ialah warisan rakyat Sarawak dan diamanahkan kepada kami (Rajah) untuk mereka.
    2. Taraf sosial dan perkhidmatan pendidikan rakyat Sarawak perlu dibangunkan dan taraf hidup rakyat Sarawak perlu ditingkatkan.
    3. Tidak akan ada mana-mana orang yang dibenarkan haknya untuk tidak setara dengan hak rakyat di negara ini dalam apa-apa cara yang membenarkan eksploitasi mereka yang dilindungi oleh kerajaan kami.
    4. Keadilan itu bebas didapati dan Raja serta kakitangan awam dapat diakses oleh orang awam dengan mudah.
    5. Kebebasan bersuara dalam ucapan dan secara bertulis akan dibenarkan dan digalakkan serta semua orang berhak untuk beribadat mengikut kemahuannya.
    6. Perkhidmatan awam seharusnya ingat bahawa mereka bekerja untuk rakyat dan bergantung kepada sokongan rakyat sepenuhnya.
    7. Mana-mana kaum atau agama tidak dihalang dan tidak akan berat sebelah jika ada yang mahu berkhidmat dalam perkhidmatan kami, di mana mereka mungkin berkelayakan oleh pendidikan mereka, keupayaan dan integriti untuk melaksanakan perintah.
    8. Matlamat pemerintahan sendiri tetap menjadi keutamaan kami, bahawa orang Sarawak akan diamanahkan pemerintahan apabila tiba masanya dengan pentadbiran diri mereka, dan usaha berterusan akan dibuat untuk menyegerakan matlamat ini dengan mendidik mereka tentang kepatuhan, tanggungjawab dan keistimewaan dalam kewarganegaraan.
    9. Dasar umum kerajaan yang kekal dari dahulu hingga kini di mana pelbagai bangsa adalah dibolehkan untuk hidup aman dan keharmonian secara bersama, dan dasar ini perlu tetap dipatuhi oleh pengganti kerajaan kami di masa depan.

    Sebahagian memorandum SUPP adalah untuk menentang pembentukan Malaysia

    Sumber: Malay Mail

    Ketika idea untuk membentuk persekutuan dengan Borneo Utara, Singapura dan negeri-negeri Melayu diusulkan, ramai rakyat di Sarawak menyuarakan bantahan mereka.

    Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), yang lantang menentang pembentukan Malaysia turut menyerahkan memorandum.

    Perkara pertama dalam memorandum tersebut adalah Sarawak harus diberikan kemerdekaan berdasarkan ‘Nine Cardinal Principles’ yang dimeterai oleh Brookes dan kerajaan Britain, dan harus menghormati ikrarnya untuk memberikan kemerdekaan.

    Perkara lain yang dibangkitkan oleh SUPP ialah isu ekonomi dan kewangan negeri terbabit yang dikatakan akan menjadi lebih stabil dan mempunyai prospek yang lebih baik sekiranya mereka adalah sebuah negara bebas dan tidak melalui sebarang penggabungan.

    Memorandum 18 Perkara (M18P) bagi Sarawak dimeterai

    ‘Nine Cardinal Principles’ semasa penjajahan Rajah Inggeris sememangnya memainkan peranan dalam pembentukan persekutuan Malaysia.

    Bekas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga pernah menegaskan bahawa M18P bagi Sarawak digariskan berdasarkan ‘Nine Cardinal Principles’ yang dimeterai semasa penjajahan Rajah Inggeris.

    M18P ini menyatakan syarat dan hak yang dimaksudkan untuk menjaga autonomi dan kepentingan khas Sarawak.

    ‘Nine Cardinal Rules’ disebut oleh bekas Ketua Menteri pertama Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada pengisytiharan Hari Malaysia

    Semasa pengisytiharan kemerdekaan Sarawak pada 16 Sept 1963, ketua menteri pertama Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan menyatakan;

    “Whereas (taking into account the consideration that) one of the Nine Cardinal Principles of the Rule of the English Rajahs was that self-government shall always be kept in mind and that the people of Sarawak shall be entrusted in due course with the Governance of the themselves.

    And Whereas this principle accords with the policy which Her Majesty’s Government of the United Kingdom and Northern Ireland have always pursued in the Governance of those territories of the Commonwealth for whose affairs Her Majesty’s Government have been responsible:

    And Whereas in pursuance of this principle Her Majesty’s Government by an agreement entered into on the 9th day of July 1963, with the Government of Federation Of Malaya,The Government State of Singapore and the Governments of the Colonies of Sarawak and North Borneo it was agreed that the State of Singapore and the Colonies of Sarawak and North Borneo shall be federated with the Federation of Malaya,and than the said Federation shall be known as Malaysia:

    And Whereas Constitutions for Malaysia and for the States of Sarawak,Sabah and Singapore have been promulgated:

    And Whereas by a Proclamation made under section 2 of Malaysia Act,the 16th day of September,1963 has been proclaimed as Malaysia Day:

    Now therefore I, Stephen Kalong Ningkan, the Chief Minister of Sarawak, do hereby proclaim that Sarawak has this day attained independence as a State of Malaysia.”

    Sumber: Kajomag

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Previous Post

    Pilihanraya Turkiye 2023: Pemimpin Seterusnya Mungkin Pro-Barat Tetapi Bukan Anti-Rusia

    Next Post

    MA63: Beri Kuasa Pentadbiran Pendidikan, Kesihatan Kepada Sabah Dan Sarawak Dibincang – Fadillah

    Related Posts
    Skip to content