Amerika Syarikat Reka Pesawat Pengebom Khas Bagi Misi “Pivot to Asia” Selepas B-17

lrsb

 

Buat julung-julung kalinya selepas B-17, LRS-B menawarkan sistem pengebom yang direka khas untuk menjadi sebahagian daripada pelan peperangan Amerika di sekitar Pasifik. Berasaskan andaian bahawa Pentagon mampu menanggung kos perbelanjaan, LRS-B mungkin bakal menjadi komponen yang paling menyerlah dalam usaha Pivot to Asia AS.

 

Sebelum berakhirnya tahun ini, kita bakal mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program pengebom serangan jarak jauh; Long Range Strike Bomber (LRS-B), yang menjanjikan 100 stealth bomber yang strategik kepada Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Unit-unit pengebom ini akan menggantikan sebahagian besar daripada armada pesawat pengebom sedia ada milik USAF, sekaligus memberi keupayaan yang penting kepada angkatan berkenaan bagi memasuki ruang udara China dan Rusia tanpa dikesan oleh radar negara-negara tersebut.

LRS-B dijangka memberikan sumbangan utama di sekitar Pasifik; bakal menjadi titik fokus aktiviti peninjauan Amerika Syarikat (AS). LRS-B juga merupakan pesawat pengebom pertama setelah sekian lama, yang direka khusus untuk memenuhi keperluan AS di kawasan yang sama.

Namun begitu, sepanjang 85 tahun sejarah moden berkenaan strategic bomber di rantau Asia Pasifik, jarang sekali menunjukkan hasil sepertimana yang diinginkan oleh pereka pesawat-pesawat pengebom. Di sini kita dapat lihat bagaimana permintaan bagi tujuan peninjauan di Lautan Pasifik mengubah permintaan AS ke atas rekaan pesawat pengebom mereka.

Martin B-10 merupakan kapal pengebom strategik pertama yang dikendalikan oleh AS, meskipun tidak direka khas untuk kegunaan pertahanan di Lautan Pasifik. Meskipun tidak lagi diguna pakai seawal tercetusnya Perang Dunia Kedua, Martin banyak menjalankan operasi di sekitar Asia, termasuklah berkhidmat bersama-sama pasukan udara Nasionalis China.

Martin B-10 di Oakland pada tahun 1940
Martin B-10 di Oakland pada tahun 1940

Sementara kubu udara, Flying Fortress B-17 dikenang sebagai pesawat pengebom yang mengetuai sumbangan Amerika kepada Serangan Bersepadu; Combined Bomber Offensive, di ruang udara Eropah, ia pada awalnya direka bertujuan menjadi kapal pemantau maritim di sekitar Lautan Pasifik. Sebahagian besar daripada pesawat B-17 pernah terlibat semasa pembukaan Perang Dunia Kedua, namun sumbangan utama mereka dilihat sebagai strategic bomber semasa di ruang udara Eropah.

B-17 Flying Fortress
Boeing B-17 Flying Fortress

Pesawat B-29 juga pada awalnya direka untuk operasi di sekitar Eropah, namun kemampuan penerbangan yang tinggi membuatkannya sesuai digunakan untuk pertempuran di Asia. B-29 merupakan pesawat utama dalam strategic bomber offensive terhadap Jepun (terbang dari China dan juga Pasifik), kemudian berkhidmat bagi peranan strategik menentang Korea Utara. Rangkaian B-29 yang terakhir (Tu-4 binaan Soviet) menghentikan perkhidmatan bersama-sama tentera udara China pada 1970-an.

Boeing B-29 Superfortress
Boeing B-29 Superfortress

B-36 merupakan pesawat pengebom khas untuk penghantaran kelengkapan peperangan yang berat, pada awalnya disusun menghantar bom tradisional ke Jerman, tetapi kemudiannya senjata nuklear ke Soviet Union. Bersama-sama jet bombers semasa Perang Dingin (B-47 dan B-58, dan B-70 yang tidak sempurna penciptaannya), B-36 tidak direka untuk kegunaan di Asia Pasifik, dan tidak pernah berkhidmat di rantau berkenaan selain berperanan menghalang serangan nuklear dari luar.

Boeing B-36
Boeing B-36

B-52 pula memang direka khas sebagai nuclear bomber, menunjukkan khidmat terbaik menjatuhkan peluru-peluru di Utara Vietnam. Pasukan tentera udara berkenaan menolak cadangan idea menggunakan salah satu daripada nuclear bomber terbaik mereka di Vietnam, tetapi permintaan bagi operasi Rolling Thunder dan Linebacker meletakkan B-52 berada pada peranan konvensional sepenuhnya.

Sejak dari tahun 1970-an, B-52 telah membawa pelbagai misi, dan ia terus memainkan peranan di dalam perancangan strategik AS. B-1B dan B-2 yang direka sebagai nuclear penetration bomber, sama seperti B-52 telah diadaptasi untuk pelbagai misi pasca Perang Dingin.

b52

LRS-B berpotensi menampilkan sebuah kelainan dalam era penciptaan pesawat pengebom; merupakan pasak di dalam sistem-kepada-sistem Amerika Syarikat yang ingin meleburkan pertahanan A2/AD milik China.

Buat julung-julung kalinya selepas B-17, LRS-B menawarkan sistem pengebom yang direka khas untuk menjadi sebahagian daripada pelan peperangan Amerika di sekitar Pasifik. Berasaskan andaian bahawa Pentagon mampu menanggung kos perbelanjaan, LRS-B mungkin bakal menjadi komponen yang paling menyerlah dalam usaha Pivot to Asia AS.

 

Terjemahan oleh: Nureen Adnan

Sumber: TheDiplomat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pramugari Muslim Digantung Kerja Gara-gara Enggan Menghidangkan Alkohol

Next Post

Rakyat Amerika Sudah Jemu dengan Politik Tradisional

Related Posts

Pivot 2.0

CSIS (Centre for Strategic & International Studies) pada awal tahun ini mengeluarkan dokumen bertajuk “Pivot 2.0” menyenaraikan peluang…
Read More

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content