Amerika Syarikat teruskan semula penjualan senjata ke Arab Saudi, perjanjian normalisasi Saudi-Israel masuk ke fasa baharu

Perjanjian normalisasi Saudi-Israel masuk ke fasa baharu selepas Amerika Syarikat menarik balik larangan penjualan senjata serangannya ke Arab Saudi, yang merupakan sebahagian daripada syarat-syarat normalisasi selain pakatan keselamatan menyerupai NATO dan kerjasama kuasa nuklear. – (Guardian)

Sepanjang sekatan, pembekalan ketenteraan A.S. ke Arab Saudi terhad kepada senjata pertahanan dan sokongan logistik serta penyelenggaraan sahaja. Pada Ogos 2022, Biden meluluskan jualan sistem peluru berpandu pertahanan udara jarak jauh PATRIOT GEM-T yang bernilai kira-kira 3.05 bilion dolar. Manakala, pada 25 Mei, A.S. meluluskan potensi penjualan kelengkapan ketenteraan bernilai hampir 2.8 bilion dolar kepada Arab Saudi untuk logistik dan sokongan penyelenggaraan. (CNN, Fokus)

Pada April lepas, Arab Saudi dan A.S. mengesahkan proses normalisasi Saudi-Israel sudah di peringkat akhir berikutan draf perjanjian keselamatan A.S.-Saudi dan kerjasama nuklear antara dua negara itu sedang dimuktamadkan. – (Al-Monitor)

Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Jordan, Marwan Muasher menggariskan dua faktor mengapa perjanjian normalisasi Saudi-Israel sukar untuk berlaku. Pertama, penentangan daripada ahli Dewan Senat A.S. terutamanya pihak Demokrat yang kurang bersetuju dengan tuntutan keselamatan dan nuklear Arab Saudi. Kedua, keengganan Netanyahu untuk memberikan komitmen kepada penyelesaian dua negara seperti yang diminta Saudi. – (Carnegie, Reuters)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ramai Warga China Ingin Beli Rumah Mewah di Malaysia, Bukit Damansara dan Bangsar antara Tumpuan

Next Post

For Iran, Does the Cost of Escalation Outweigh the Benefits of De-escalation?

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content