Analisis awal kehilangan Kapal MT Orkim Harmony

photo_2015-06-15_08-18-03

 

1) Kapal MT Orkim Harmony membawa muatan 5,879 tan metrik minyak petrol RON 95 dari Klang menuju ke Kuantan bersama 16 anak kapal tempatan termasuk 5 warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

 

2) Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Fuzi Ab. Kahar berkata kedudukan kapal terakhir adalah di 30 batu nautika dari timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada pukul 8.50 malam kelmarin. (Utusan)

 

3) Menurut Dr. Jean- Paul Rodrique dan Dr William Anderson menulis dalam buku mereka The Geography of Transport Systems menyebut bahawa pengangkutan antarabangsa pada hari ini, sama ada melalui jalan maritim atau udara memainkan peranan penting dalam percaturan geopolitik dunia.

 

4) Kenapa kedudukan selat Melaka strategik? Kerana Selat Melaka adalah salah satu daripada laluan perdagangan strategik yang paling penting dalam dunia kerana ia menyokong sebahagian besar daripada perdagangan maritim di antara Eropah dan Asia Pasifik. Sebanyak  50,000 kapal setahun melalui selat itu. Kira-kira 30% daripada perdagangan dunia dan 80% daripada transit pertoleum negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan melalui selat itu.

 

5) Peta di atas menunjukkan laluan perdagangan di kawasan itu mencatatkan aktiviti lanun yang sangat tinggi.

 

6) Statistik yang dikeluarkan oleh International Maritime Bureau – Commercial Crime Services (IMB-CCS) pula menunjukan bahawa 55% daripada 54 kes pencerobohan lanun dan rompakan berlaku di Asia Tenggara sejak awal tahun 2015.

 

Maritime_Infographics_3-03

 

7) Menurut (IMB-CCS) lagi direkodkan sebanyak 23 kapal telah di”hijack” di kawasan perairan Asia Tenggara sejak April 2014, 6 daripadanya berlaku sejak 3 bulan yang lalu.

 

8) Negara yang mencatatkan jumlah tertinggi serangan adalah Indonesia, dengan frekuensi sebanyak 40% daripada keseluruhan serangan pada tahun 2015 dengan 2 tangki telah dihijack, dan 19 tangki lain dirampas.

 

9) Pemerhatian awal menunjukkan, kes ini menunjukkan beberapa kelemahan dari sudut dasar maritim negara dan ASEAN secara keseluruhan dalam menangani kes ini secara holistik dan bersepadu. Sekaligus mengundang ancaman lanun yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

 

Asyraf Farique.
Penganalisis IRIS Institute.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemberontak Syiah Houthi Bakal Tunduk Dengan Perjanjian Damai

Next Post

Jeb Bush lancar kempen presiden Amerika Syarikat 2016

Related Posts
Skip to content