Jeb Bush lancar kempen presiden Amerika Syarikat 2016

Jeb Bush has name recognition but that could also hinder his campaign [Getty Images]
Jeb Bush has name recognition but that could also hinder his campaign [Getty Images]
Jeb Bush yang telah menyertai presidential race Amerika Syarikat 2016; bagi mengambil alih kerusi presiden AS sedia ada berharap penampilannya yang lebih konservatif berbanding ahli keluarganya, dapat menyerlah di gelanggang Republikan yang bakal melibatkan 10 calon yang lain.

Beliau secara rasminya telah melancarkan manifesto di Miami’s Dade College, Isnin lalu, sebuah universiti terkemuka di Florida, yang dipilih sebagai simbolik maksud beliau berhasrat melaksanakan kempen yang bersifat menyeluruh.

Bush, 62, merupakan anak lelaki dan adik kepada dua bekas presiden AS, menganggap peningkatan peluang pekerjaan dan juga kemajuan ekonomi serta sosial yang lain sebagai suatu pencapaian beliau sebagai gabenor Florida selama dua sesi yang lalu.

Beliau turut bangga setelah berjaya memansuhkan cukai sebanyak 19 bilion dolar. “Kami telah meletakkan Florida di puncak dalam sektor penyediaan pekerjaan dan perniagaan kecil-kecilan.”

Bush dilihat sedaya upaya muncul sebagai calon ‘biasa’, mengelakkan dirinya daripada dikaitkan dengan legasi presiden keluarga beliau semasa pelancaran kempen “Jeb 2016”. Beliau mempunyai kelebihan ‘nama’ yang mungkin juga menjadi batu penghalang dalam kempen kali ini.

Calon-calon lain yang turut bertanding bagi mendapatkan pencalonan jauh lebih muda dan konservatif daripada Jeb Bush meskipun beliau telah dianggap konservatif semasa memegang jawatan gabenor Florida. Namun, pemerintahan beliau selama 13 tahun telah menyaksikan transformasi beliau ke arah lebih moderate dan beliau turut yakin mampu keluar dan meraih undi yang jauh lebih banyak dan tidak mungkin dicapai oleh calon-calon Republikan lain.

Pembentukan Semula Sistem Imigresen; Immigration Reform

Bush sebagai seorang yang pro-business dan anti-abortion, menolak sifat taksub pengundi kepada sesebuah parti, menyebabkan majoriti daripada pengundi ragu-ragu dengan sokongan beliau terhadap beberapa isu;
1. pembentukan semula sistem imigresen,
2. penetapan standard pendidikan persekutuan, dan
3. kesanggupan beliau untuk menaikkan kadar cukai sebagai sebahagian daripada perjanjian mengurangkan kerugian negara, ‘deficit-cutting deal’.

Beliau yang fasih berbahasa Sepanyol, mendesak supaya berjuta-juta pekerja asing diberikan dokumen yang sah untuk terus bekerja di negara tersebut sekaligus memacu kemajuan ekonomi mereka, berbeza dengan tindakan kasar pihak berkuasa yang lain yang mengambil langkah mengusir mereka dari AS.

Bush mendapat tempat teratas dalam senarai undian parti Republican, tetapi beliau bukanlah figura dominan seperti jangkaan orang ramai. Sementara Hillary Clinton yang berada di barisan hadapan parti Demokratik, tidak mempunyai sebarang saingan sengit.

Sumber : AlJazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Analisis awal kehilangan Kapal MT Orkim Harmony

Next Post

Senjata Biologi : Insiden ‘Tidak Sengaja’ Amerika Syarikat

Related Posts
Skip to content