AS, Britain Pertimbang Guna Senjata NATO Serang Rusia dari Ukraine, Putin Sedia Guna Senjata Nuklear Sebagai Respon

Rusia menegaskan keseriusannya dalam penggunaan senjata nuklear bagi menghadapi potensi serangan peluru berpandu konvensional oleh Barat yang menggunakan Ukraine sebagai platform, dan akan menganggapnya serangan bersama oleh kuasa nuklear.

Presiden Putin dalam kenyataannya berkata “adalah dicadangkan bahawa pencerobohan terhadap Rusia oleh mana-mana negara bukan nuklear, tetapi dengan penyertaan atau sokongan negara nuklear, dianggap sebagai serangan bersama mereka ke atas Persekutuan Rusia”. – CNN

Berdasarkan doktrin nuklear Rusia yang diterbitkan pada 2020, Rusia mungkin menggunakan senjata nuklear sekiranya berlaku serangan nuklear oleh musuh atau serangan konvensional yang mengancam kewujudan negara. – Rusia MOF

Pembaharuan yang digariskan Putin termasuk menganggap kuasa nuklear yang menyokong serangan konvensional ke atas Rusia juga akan dianggap sebagai menyerang. – CNN

Pengumuman Putin ini merupakan respon kepada perbincangan antara Amerika Syarikat dan Britain yang sedang mempertimbangkan untuk memberikan kelulusan kepada Ukraine untuk menggunakan senjata yang dibekalkan NATO bagi menyerang jauh ke dalam Rusia. – Reuters

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Sokong Memorandum Pakatan untuk Masa Depan PBB, Risiko Terdedah kepada Tekanan Barat dan Campur Tangan PBB dalam Urusan Domestik Negara

Next Post

Kerajaan Rancang Tanam Buluh Atas 420,000 Hektar Ladang Getah Terbiar, Potensi Kurangkan Kebergantungan Negara kepada Import Buluh

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content