Disambut MBS, Petanda hubungan Malaysia-Saudi bermasalah

Disambut oleh MBS adalah petanda awal hubungan Malaysia-Saudi akan menjadi satu hubungan yang bermasalah bagi Malaysia.

Melihat dari perspektif politik domestik, sokongan Saudi (secara politik dan dana) dan penambahan kuota haji (mungkin) akan menjadi modal mengumpul sokongan dan sentimen di kalangan pengundi khususnya orang Melayu. Barangkali ini ialah tumpuan utama PM dan Menteri daripada lawatan ini.

Namun jika dilihat dari perspektif politik antarabangsa, mengambil pihak dengan Saudi dalam suasana sekarang adalah satu pilihan yang bermasalah. Saudi dan negara sekutunya seperti UAE memilih untuk memihak kepada negara haram Israel dan menyusun politik timur tengah agar berpihak kepada Israel.

Five reasons why Israel's peace deals with the UAE and Bahrain matter - BBC  News
Penasihat keselamatan negara Israel menaiki penerbangan ‘bersejarah’ ke UAE pada 1 September

Dasar luar Malaysia yang jelas menolak Israel dan memperjuangkan hak bagi rakyat Palestin akan menjadi taruhan sekiranya negara terikat dengan sebarang ‘deal’ melibatkan Saudi dan UAE di waktu ini.

Ditambah pula dengan keterikatan ‘deal’ ini kepada broker kuasa yang sangat bermasalah seperti MBS (jika terlupa, beliau adalah dalang di sebalik arahan bunuh terhadap Khasoggi di Turki), tidak mengejutkan jika negara kita akan terheret sekali lagi dalam konflik mirip 1MDB di masa akan datang.

Dalam konteks politik timur tengah sekarang sememangnya pilihan Malaysia hanya dua iaitu memilih paksi kuasa Saudi-UAE atau paksi kuasa Turki-Iran. Kedua-duanya adalah pilihan yang memiliki risiko tersendiri.

Namun, memilih untuk menjajarkan negara sepenuhnya dengan paksi Saudi-UAE bagi saya adalah satu jalan yang lebih merbahaya kepada negara meskipun kelihatan sebagai ‘easy win’ kepada kerajaan PN yang akan berdepan dengan PRU akan datang.

Kita sebagai rakyat perlu sentiasa memantau pilihan dasar yang dibuat oleh pemimpin negara kerana di akhirnya kita mahukan dasar negara yang memihak kepada masa depan bangsa dan negara, bukan hanya menguntungkan elit politik tertentu yang akan berlalu pergi bila tiba masanya.

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim
CEO IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bank Negara: Sejarah & Evolusi Pengawalan Order Ekonomi Dunia

Next Post

Pelaburan-pelaburan baharu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional

Related Posts
Skip to content