Bencana Banjir Yan, Musibah dari Eksploitasi Sejak Tahun 2012?

Gambar: Harian Metro

Adakah musibah bencana banjir di Yan, Kedah adalah implikasi daripada eksploitasi Kerajaan Negeri Kedah yang mendapat royalti 5% daripada keuntungan projek JV dengan syarikat swasta Nacstone Worldwide (M) Sdn Bhd sejak tahun 2012?

Walaupun projek ini dibuat sewaktu Menteri Besar yang terdahulu, Kerajaan Negeri sepatutnya melaksanakan pantauan dan penguatkuasaan yang berkala bagi mengelakkan mining practice yang tidak sepatutnya dilakukan syarikat yang diberi hak melombong.

Pembangunan yang melibatkan sumber alam dan tanah sememangnya tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri tetapi masih wujud agensi penguatkuasa di peringkat Persekutuan.

Atau trend setiap Kerajaan Negeri yang tubuhkan syarikat seperti Kedah Permodalan Berhad ini hanya fikirkan cara nak cari duit dengan cara yang paling cepat dan senang? Tanpa disandarkan kepada pelan pembangunan sumber alam yang menyeluruh dan lestari?

Untuk pengetahuan, projek perlombongan bijih besi di Gunung Jerai hanya dianggarkan memberi keuntungan RM10juta dan sekadar menyediakan 50 pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Hasilnya?

Malaysia dapat penuhi permintaan eksport bijih besi “murah” ke China dan BANJIR.

Hanis Noor
Kolumnis Fokus dan Ketua Penyelidik IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penstrukturan semula pembaharuan fiskal, kunci kepada pemulihan ekonomi negara

Next Post

Restructuring fiscal reform is the key to Malaysia’s economic recovery

Related Posts
Skip to content