Bilangan pelajar Indonesia di AICAT Israel meningkat lebih 100% sejak 2014, pelajari kemahiran pertanian moden

Seramai 200 pelajar Indonesia kini mengikuti program latihan pertanian moden di Arava International Centre for Agricultural Training (AICAT) di Gurun Negev, Israel dengan peningkatan lebih 100% berbanding hanya sekitar 90 pelajar sebelum ini, lapor portal Albalad pada 30 April. [Albalad , SCMP]

Menurut laporan tersebut, para pelajar terlibat dalam pembelajaran teknologi pertanian seperti sistem pengairan titis, dan turut bekerja di ladang milik Israel bagi menampung kos sara hidup sepanjang tempoh program.

AICAT melaporkan bahawa program ini telah dimulakan sejak 2014. Walaupun Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Israel, visa pelajar tetap diproses melalui Kedutaan Besar Israel di Singapura.

Seorang pengusaha Indonesia berketurunan Cina, Agus Suherman, dilaporkan memainkan peranan utama menghantar puluhan pelajar Indonesia setiap tahun ke AICAT sejak 2014, termasuk 81 pelajar yang direkodkan pada tahun 2020. – Albalad. [Albalad]

Laman web AICAT turut mengesahkan kehadiran pelajar Indonesia pertama kali pada 2014, termasuk pelajar bernama Lia Simanjuntak yang disebut dalam laporan The Jerusalem Post. [The Jerusalem Post]

Peningkatan ini dilihat sesetengah pemerhati sebagai isyarat kepada hubungan yang semakin erat dalam bidang pendidikan dan teknologi pertanian antara Indonesia dan Israel, walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan Indonesia setakat ini. [Southeast Asia Daily]

Negara-negara lain seperti India dan Vietnam turut menghantar pelajar ke AICAT. Namun, bagi Indonesia yang merupakan negara Muslim terbesar di dunia, peningkatan penyertaan ini turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian tradisional pro-Palestin negara itu dan perkembangan normalisasi antara kedua negara tersebut dalam kalangan masyarakat dan pemerhati serantau. [The Jerusalem Post]

Disediakan oleh:

Knowledge Management Center (KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Petronas sedang muktamadkan pembelian LNG daripada syarikat AS, Langkah Malaysia imbangi dagangan dan elak tarif balas tinggi

Next Post

Kedaulatan AI Malaysia, berlindung di sebalik China

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.