Carter : AS rancang hantar senjata canggih berhampiran China

Avatar photo
USS Zumwalt
USS Zumwalt

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ash Carter mengumumkan rancangan Pentagon untuk menghantar senjata canggih mereka, termasuk kapal pemusnah (stealth destroyer) terbaru, berhampiran sempadan China.

Semasa lawatan beliau di Singapura pada Ahad lepas, Carter menyebut berkenaan sistem baru persenjataan AS yang merancang untuk beralih ke Asia sebagai sebahagian dari rancangan mengimbangi aset ketenteraan AS untuk tempoh jangka panjang di rantau itu.

Antara senjata terbaru tersebut adalah “Zumwalt”, sebuah kapal pemusnah.

Berukuran 610 kaki panjang, kapal pemusnah tersebut diberi nama Zumwalt bersempena mendiang Admiral Elmo “Bud” Zumwalt Jr.

Kapal itu bakal menjadi kapal pertama membawa senjata masa hadapan (berteknologi tinggi) seperti electromagnetic railguns, yang menggunakan kuasa elektromagnet yang kuat, dan bukannya serbuk letupan, untuk menembak.

Washington sedang meningkatkan tekanan ke atas Beijing yang sedang membina pulau-pulau buatan di perairan Laut China Selatan.

Sebelum ini, China sudah memberi amaran kepada AS jangan berada terlalu dekat dengan pulau-pulau itu. Mereka menganggap tindakan itu bersifat provokasi terhadap China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying telah melahirkan kebimbangan terhadap rancangan AS yang meningkatkan kuasa ketenteraan mereka di rantau Asia Pasifik.

Dalam ucapan Carter pada Ahad lalu, beliau mempertahankan tindakan AS bahawa AS bebas berbuat apa sahaja sepertimana yang dibenarkan dalam peraturan antarabangsa, “will fly, sail, and operate wherever international law allows.”

Minggu lepas, jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren berkata, China telah menempatkan dua kenderaan meriam artileri mereka dalam salah sebuah pulau-pulau tersebut sejak beberapa minggu lalu.

Beliau juga berkata bahawa projek militarisasi ke atas pulau-pulau ini adalah sesuatu yang perlu diatasi dan ditentang.

AS menuduh China sedang menjalankan projek penambakan dan membangunkan pulau-pulau di kepulauan Spratly di Laut China Selatan. China membalas tuduhan itu dengan mengatakan bahawa tindakan mereka adalah untuk tujuan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan kepentingan negara, dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Sumber : PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS peruntuk $18 Juta kepada Vietnam untuk tujuan ketenteraan

Next Post

India Rakan Baik Israel

Related Posts